Rabu, 20 Januari 2010

UNTUK MEREKA YANG DIPERSEKITARAN

*Doa dari seorang ibu yang sentiasa mengiri anaknya*

Kadang-kadang seperti mulut ini tersasar dari kawalan minda. Ia terus memurai seperti tiada hari esok. Wajarnya setiap tuturan yang terlepas dari sepasang bibir haruslah yang baik-baik saja. Yang berilmu, yang memberi nasihat, yang memberi ransangan, yang membina pendirian, yang meminta ampun, yang memaafkan, yang mampu memberikan sekelumit senyuman pada para telinga yang menyerap. Barisan tutur tidak seharusnya berbunyi sialan! atau mampos kau! atau cilaka! WTF dan sebagainya dari kumpulan cerca cacian. Ini adalah bila aku berfikir dari 100% sudut positif logik.

Antara lain kejadian yang tidak dalam paksi kebaikan. Maka kawalan minda terhadap mulut menjadi longgar. Bercakap bagai melepaskan kentut. Ia sangat menyamankan. Ia terlalu memuaskan hati. Tambah lagi kentut yang mengandungi metana tahap tinggi. Ia mampu membuatkan hati girang seperti mahu menyambut 1 Syawal. Perkataan yang pertama terpacul ketika itu ialah "LEGA~~~~"

Kelegaan itu tidak terhurai dengan tulisan. Ia sesuatu yang subjektif untuk dicoret. Hanya penerbit nya sahaja yang memahami akan situasi itu. Ia yang aku samakan seperti bercakap perkara kosong. Bercerita mengenai ntah apa apa. Megulas mengenai tajuk yang hanya diketahui tajuknya. Memaki hamun seseorang yang pada waktu itu dibencinya (walhal pernah dulu dipuji gila gila). Huraian cerita fantasi yang karut marut juga mengenai mimpi malam tadi.

Mendekati inzal, mulut langsung saja terus memurai..diselangi dengan ketawa kah kah kah..ho ho ho..mua ha ha ha..hik hik (ini gelak manja yang biasa digunapakai oleh awek-awek FB). Pada masa ini minda sudah tidak berfungsi 100%. Apa sahaja yang terlintas terus dikeluarkan. Pada masa ini segala konsep akhlak yang diajar semasa SRK Agama selama 6 tahun akan dinyahkan secara total.

Seperti aku tidak juga terlepas dari konsep bicara tanpa minda ini. Ada waktu aku terlalu ramah untuk menceritakan perihal keluarga. Juga cerita cinta lama. Tak terlepas pengalaman mistik. Semuanya berlaku dengan sedar tapi tanpa kawalan ketat. Ini berlaku bila sifat kemuraian aku mengambil alih sistem operasi kawalan bercakap dengan minda. Selepas selesai biasanya aku akan terrdiam dan berkata "damn! aku tak patut cerita panjang" dalam hati.

Duduk bersendirian di ruang tamu sambil menulis adalah terapi terbaik setakat ini bagi aku. Dalam persekitaran ini aku rasa tenang sedikit. Aman sedikit. Dan lebih cool. Akan jadi Ultra Super Cool bila aku menocang rambut dan secawan Teh 0 panas di sisi. Asap terhasil dari Teh 0 itu mampu membuat aku stim.

Dalam ruang tenang ini aku rasa mampu untuk aku bertutur tanpa sepasang bibir. Aku mampu memurai hanya dengan jemari bendi yang seksi ini. Di persekitaran ini aku akan lebih ikhlas. Aku tidak pernah membaca kembali apa yang aku tulis dan aku tidak pernah memadam kembali perenngan yang berjela setelah ditulis. Aku akan biarkan sahaja. Aku puas dengan konsep ini.

Persekitaran akhir akhir ini memedihkan mata aku. Kepedihan itu menjalar ke organ telinga. Nasib baik tidak mengganggu hidung mancung ini yang ternyata menjadi kecemburuan insan-insan berketurunan jawa yang lain. Aku akan jadi pedih melihat kepantasan masa berlalu dengan disusuli hipokrit perlakuan. Yang berdekatan, juga aku. Bila keseluruhannya yang mereka telah dengan murai memberitahu..dengan telah sehabis jujur mengadu..dengan hampir habis ayat diseru..Aku bagaikan botol. Itu semua kerelaan dan bukan paksaan atau terpaksa. Tapi apabila adegan sudah tiada, terbitan sudah bungkus, air liur bukan lagi untuk aku. Pelakonnya hilang..

Namun begitu masih aku rasa ada sesuatu dari mulut ini yang tidak dapat tidak perlu juga dimuraikan..perlu juga dilontarkan..perlu amat disuarakan yang jika bukan dengan laungan tapi hadir dengan bisikan..sepamit DOA dari ku untuk kalian..semoga apa yang diusahakan akan mendapat kerahmatanNya..semoga apa yang diimpikan akan mendapat keredhaanNya..semoga apa yang didoakan akan dimakbulkan olehNya..

Sekian.

\\tamhariniaz.no.33 @ 1.42am (laptop pinjam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan