Sabtu, 9 Januari 2010

Sepetang Bersama Kenalan Lama..


Ini ialah pusat maksiat merangkap bangunan yang diharamkan oleh ibu bapa kepada anak-anak muda klang di sekitar tahun 90an..Plaza Chi Liung aka Plaza Metro.


Seperti mana biasa pada hujung minggu, aku akan solo di rumah..regu aku masing-masing pulang ke kampung. Kampung mereka tidak jauh dari sini..paling lama pun 1jam 30minit memandu..aku paling tertekan kalau sebelum nak hidupkan henjin kereta, akan terpacul dari mulut mereka "apa la mak aku masak hari ni..mesti sedap makan masakan mak"..terfikir juga aku untuk mengambil tindakan kekarasan seperti membakar kenderaaan mereka atau paling tidak memasukkan disel ke dalam henjin nya dengan harapan mereka akan amek masa yang lama untuk balik ke kampung sekaligus dapat temankan hujung minggu aku yang memang bosan sebab aku di PERLIS..ahhhh~
Bosan-bosan macam ni aku terkenang 1 situasi yang aku rasa macam kelakar..iaitu dialog aku bersama dengan En Ismail Che Ani..beliau merupakan antara orang yang aku "respek" pasal ilmu dan kesungguhan dia dalam memdalami sesuatu perkara..ikuti dialog rencah ini:
en mael: Salam
biskut: Wslm Tuan
en mael: de mana?
en mael: klinik bukit kuda ke?
en mael: atau anika klinik?
biskut: aduh saje je soklan dia
biskut: jab kesihatan perlis
en mael: ada makna tu..hehehehehe
en mael: ada gossip baru tau..
en mael: ko ni walaupun jauh cam artis gak la
biskut: uik..gossip ke? ha ha
en mael: ye aaa
en mael: ko tinggal kan sesorang kat klinik anika ha ha ha
en mael: cian la adi
biskut: awek tu dah saya kapelkan ngan member saya ha ha
en mael: ha ha ha ntah aaa
biskut: blh wat adik angkat tu bos ha ha
biskut: tp gossip aku dengar ngan ko ha ha ha
en mael: tp ko mmg setia ngan adi
en mael: wei chow dulu de hal la..salam
biskut: aduh..ada hal pun sempat nak gossip2 lagi..haih!!
Bila dibaca memang tak kelakar langsung..tapi aku sebagai orang yang mengenali En Ismail dengan tahu mengenai pekerjaan dan kredibiliti dia di bilik mesyuarat..akan rasa sangat kelakar dan sikit terharu bila orang yang berjawatan tinggi dan dihormati orang tu boleh bergurau dengan aku macam ni..ingat juga dia kat aku walau aku tak pernah pun menjawab kekusutan masalah yang dia pernah ajukan kat aku..dah berapa banyak tandatangan dia yang melekat kat sijil-sijil dan juga surat sokongan aku..tapi dia tak pernah bosan dan tetap bagi sokongan kat aku..terima kasih untuk itu..aku doakan kebaikan syurga untuk manusia seperti ini.
Aku perlukan rokok untuk mengisi benak aku pada waktu-waktu macam ni..ok untuk tandas bersedialah untuk kehadiran aku sebentar sahaja lagi..
la la la la sabun di bilik mandi sabun..sabun..di bilik mandi sabun..sabun..sabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan