Ahad, 17 Januari 2010

HUJUNG MINGGU DI KANGAR

*kedai rilek ini terletak 3min dari rumah aku*
Seperti mana biasa, hujung minggu adalah hari yang aku tunggu..hari tanpa perlu masuk ke pejabat..hari tanpa perlu aku duduk di kerusi beroda itu..hari tanpa perlu aku untuk menerima panggilan aduan..hari tanpa perlu aku mengikut jadual waktu untuk berehat, bersarapan, makan tengahari dan pulang ke rumah..hujung minggu adalah hari jadi aku!
Tapi bukan hujung minggu di Kangar..ia bukan hari jadi aku! ini adalah hujung minggu bencana..hujung minggu yang aku perlu mencuci baju-baju..hujung minggu yang aku perlu mengemas-ngemas..hujung minggu yang aku tidak keluar rumah..hujung minggu yang aku tiada teman untuk bercakap secara realiti..hujung minggu yang dari bangun pagi hingga tidur kembali keesokkan pagi nya dengan hanya berkain pelekat..hujung minggu yang kunci roda stering aku tidak terbuka..ini lah hujung minggu aku di kangar!
Malam ini aku sangat rindukan Lot 1357..No.19..dan kesesakan jalan raya di Klang..semua ini akan hanya aku rasai semula pada bulan Februari..
Di Kangar aku akan mencatur hidup dengan baki 20 bulan..aku akan harap 20 bulan sahaja..jika lebih dari itu..aku mungkin akan ke bulan..
Ini kehidupan hujung minggu di Kangar..
\\tamhariniaz.tmn ira @ 12.39am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan