Rabu, 29 April 2009

Kepilkan sahabat dibalik ruang gelap


Macam biasa..aku mulakan entri dengan menyelitkan gambar-gambar pemandangan yang agak indah untuk mencari mood penulisan ahaks~

Nak dijadikan cerita, henfon aku "kong"..boleh guna untuk SMS sacha..yang lain out of services T____T
Maka dengan itu, terbantut idea aku nak update pasal penyertaan aku dalam final piala F.A dan ziarah aku ke Pesta buku tempoh hari, gambor takde beb.

Tak pe la, yang pergi biarkan lah dia berlalu dengan segala memori bersama nya..yang tinggal ni teruskan bersukan demi menjamin kesihatan tubuh badan.

Semalam aku hadir 1 meeting teknikal kat JKNS.

Jam 3.00pm
...henfon aku berbunyi (ringtone effa raziah-panas), aku jenguk..call dari Boss HQ. Aku tak jawab..

Sesampai kat muka pintu opis HQ.

Receiptionist: "Meeting?"
Aku: "yupe"
Receiptionist: "masuk sacha"
Aku: "baik~!! *sambil membongkokkan badan*"

Sesampai bilik meeting "Teratai"..dengan muka penat dan agak kelam kabut aku dok terus sebelah bos.
Aku: sambil tengok henfon.."eh puan call saya? saya kat atas motor..sori"
Boss: "it's ok, saya bajet camtu gak"
Aku: dalam hati "fuhh~ lega..camner aku leh terlajak tido kat umah..hoho~"

Shawal: "lambat ko sampai boss?"
Aku: "panas betul 3-4 hari ni kan? aku kalau rempit panas-panas ni memang lemau sikit..mula la asek nak benti jek cuci muka"
Shawal: "same la aku pown.."
Aku: dalam hati "2 kali dah aku bohong..takpe nak hidup beb"

Boss: "zaini, cuba u call si zeha tu..susah betul la nak dapat dia"
Aku: "ni keje mudah puan, jap saya call" (thanx zeha, pasal ko lagi lewat maka boss pun tak point kat aku walaupun 30minit yang lalu sepatutnya meeting dah mula hahahaha~)

*Moral: Jangan balik umah dulu kalau nak gi meeting..terus sacha ke bilik meeting*

Jumaat, 24 April 2009

Semalaman Geng Pnut, Geng Tong, Geng Gagak..


Hari cuti meniaga bersempena malam Jumaat semalam aku habiskan dengan menziarahi kawan-kawan..(walaupun pada awalnya aku plan nak sedekah kan Yassin dan Doa buat arwah-arwah saudara mara aku), namun keterujaan aku demi bersama rakan-rakan membuatkan aku terlupa pada yang telah tiada.. (masyaAllah).

So far dalam Geng Pnut, kandungan Yuci dah masuk 4 bulan.."Dia kata perut belum besar tapi "benda lain" yang besar"..aku langsung tak faham bila Kikin cakap macam tu kat aku, tapi bila Yuci berada di depan mata..baru aku faham makna "benda lain" tu..tapi aku just wat muka Christiano Ronaldo sambil berkata "Ok"..

Kikin pulak last minit baru bagitau Rabu ni dia nak Bertunang..masing-masing yang dengar macam blur-blur..aku? aku cool aje..sebab sebelum tu Kikin dah cite kat aku ehe~ dan sebelum tu lagi aku terdengar perbualan dia kat telefon pasal Samping, Tengkolok dan Songket..brr..brr..tunang ke kawen ni? aku konpius tapi aku wat muka seperti Christiano Ronaldo sambil berkata "Ok".

Syad..ehe~ dia ni aku susah nak citer..pasal dia terlalu misteri..so better aku tak yah citer..karang elok-elok dia "Klewon" kan aku..errr~ tak sanggup mak..cume yang pastinya..dia dah start pakai maskara, foundation, "kontek" lense dan pakaian yang agak memberahikan (part ni aku tipu untuk sedapkan cite).

Pe pun..korang memang yang terbaik bagi aku..walaupun ko bini orang dan bakal-bakal bini orang tapi aku tetap nak cakap ni..

"I LAP U all~!!"

*
So lepas ni Asrol, Busker Boy ngan Faiz kalau nak pukul aku..please amek no kat kaunter 5.

Aku sampai umah semula pada jam 1.30am dan tido pada jam 2.3oam.

"Berikan aku persamaan antara kawan dan kehidupan supaya aku dapat teruskan kehidupan dalam berkawan"

biskut.
Kaunter Pendaftaran Klinik Sungai Buloh.
10.30am

p/s: Tengah aku ngulor update blog ni..aku disajikan dengan wajah-wajah orang sakit..doa aku supaya korang cepat sihat..amin~

**Gambor di atas tiada kene mengena dengan entri..saje aku upload untuk korang komen.."aku baru blajor-blajor edit gambor hehehe.."

Selasa, 21 April 2009

Masih di dalam "cawan"


Aku kuar awal ke opis hari ni..namun beberapa ketentuan Illahi membataskan kelancaran perjalanan aku..

- 1 kemalangan berlaku di jambatan S.E.B, aku sempat jenguk..terlihat anggota penyelamat sedang berusaha mengeluarkan pemandu van Ford biru tersebut (harap semuanya selamat, amin)

- hujan rerenyai (short form untuk renyai-renyai)..agak mengurangkan tahap keyakinan aku untuk merempit pada kelajuan normal 125KM/j..

Penyudahnya, aku lewat 4 minit hari ni T_____________T siap punch card depan CC (ketua kerani)..tapi ada aku kesah? aku lebih pentingkan nyawa daripada punch card yang berwarna biru..

Malam tadi aku tido melampaui wewaktu (short form untuk waktu-waktu) normal aku..tapi aku masih berpuas hati kerana sehingga jam 9.10am ni aku masih larat untuk mencelikkan mata dan berlakon seolah-olah sedang sibuk membuat kerja..walhal aku masih lagi makan gaji buta..








halusi hati demi diri
xyn33

Isnin, 20 April 2009

Kabus Ribut

Cubaan entri untuk meluahkan apa yang aku rasa sekarang dengan hanya beberapa patah perkataan..

"Aku baru balik dari bercuti di Cameron Highland, sepatutnya aku rasa best..tapi sekarang aku tak rasa best..aku tak rasa macam best..tak best betul perasaan ni"

Sok aku ada ujian saringan untuk 1 kekosongan jawatan di salah sebuah PTJ. Aku macam tengah study..tapi kepala aku tak macam study..jadi sekarang aku cuba mengasingkan diri aku kepada 2 bahagian:

- dari leher ke bawah ---> "Study"

- dari leher ke atas ---> "Tido"

Jumaat, 17 April 2009

Sekian Terjadi


Terkedip-kedip aku sejurus sampai ke kantor pagi ni..mata aku terasa gatal & miang yang teramat-amat sangat..lebih-lebih lagi yang sebelah kiri ni..nyoottt~! nyoottt~! aku tenyeh lagi mata aku yang comel..ramai yang kata mata aku iras-iras mata Bront Pallare ^_______^ aku redha sacha dengan segala compliment-compliment mereka raya.

Meneruskan kesinambungan kejadian yang berlaku pada 2 hari lepas..(kan kunci motor aku cicir kat mana ntah)..semuanya berjalan dengan lancar atas izin Allah..dalam aku mencari-cari jalan nak balik umah amek kunci, Theone (member Kenarianz) SMS aku offer bonceng ngan dia balik ke Klang..memula aku cam fikir 3-4-5 kali juge..kalau boleh tak nak la nyusahkan kawan-kawan dengan masalah aku (walhal siap posting dalam forum cari sape nak balik Klang, aku nak tumpang) hehe..dipendekkan citer perjalanan 2 orang jantan terhangat dengan motor Kriss berusia 6tahun di atas Lebuhraya NKVE berakhir dengan selamat di Warung Cendol Bkt Raja..hui~ hui~ Thanx Wan..sok-sok kalau kunci motor ko cicir, nak balik umah amek kunci spare kasi inform sama aku..

Citer tak abes kat situ sacha, Jam 5.00pm aku ngan Megat repeat ke Opis pasal nak amek balik hak aku yang patutnya dah parking kat umah..memang PTUIH~!! betul..kesesakan lalulintas dikala menghampiri Sg Buloh membuatkan aku ilang sabar..aku yang sesungguhnya sedang kelaparan teramat sangat..sejurus gelodakkan perut itu aku asek terbau-bau je haruman burger sebelah opis..memang aku dah plan sampai sana je memang layan burger dulu..pergh~! aku sampai umah balik dengan selamat Jam 8.05pm kemudian terus open booth nasi lemak..aih~ agak keletihan aku pada malam itu..

Segalanya selamat..alhamdulillah..

Selasa, 14 April 2009

Achoom~

Datang kerja awal bukan bermakna segala kerja akan selesai on-time atau atleast banyak juga kerja yang dapat dikerjakan..

Itu la kenyataan yang berlaku kepada aku, senyuman lebar aku pasal berjaya mengetik kad kedatangan seawal jam 7.45am tak bertahan lama..langit yang aku rasa kan sangat biru pagi tadi kini bertukar hitam, kelam, mendung siap ngan ribut petir sabung menyabung..

Bila fikir-fikir kan balik, memang patut aku tolong Bro skuter kat Shell petang semalam..aku memang dah tau yang moto skuter dia tu rosak..sebab dia asek dok start-start tapi tak mahu juge hidup moto tu..tapi aku yakinkan hati aku bahawa.."dia mesti dah call kawan dia untuk bagi bantuan"..

Dengan alasan yang meyakinkan tu aku terus je berjalan tanpa menoleh pun kat Bro skuter tu..aku teruskan perjalanan untuk amek mak aku balik keje walaupun dalam hati aku ada sekelumit rasa bersalah..

Tapi rasa bersalah itu bukan tiket untuk aku bebas dari menerima balasan..aku sekarang tengah merana akibat "Keciciran kunci motor~!!" T___________________T

Sambil menyedut-nyedut mukus, aku hanya mampu bersedih dan berteleku di atas meja..kepala aku tetiba sakit berdenyut-denyut..mata aku mualai gatal..nafas aku tersekat-sekat..otak aku tak mampu lagi nak berfikir secara optimis..seriusly, aku dalam keadaan tertekan..

Keadaan menjadi semakin parah bila aku gagal menemui kunci tersebut..tambah sakit hati aku bila member yang aku nak mengadu boleh wat bergurau kata "Matron amek kunci motor aku pasal nak merempit, siap suruh aku bayang kan bilamana Matron silangkan skirt dia masa nak naik motor aku.." tetiba hidung aku terasa cam ada darah keluar..lantas aku aku berkata "Bodoh la ko neh~!!" kepada bebudak 2 orang kat stor tu..ampeh~!!

Kesimpulannya..aku tumpang member aku sampai Stesen Komuter Sungai Buloh pastu balik umah kat Klang amek kunci spare..then datang balik ke Selayang amek motor semula..

Harap-harap motor aku masih berada pada keadaan asal bila aku sampai malam nanti..amin.