Jumaat, 17 Ogos 2012

Ramadan Kembali

Salam Ramadan 1433 / 2012


Assalamualaikum w.b.t, ucapan yang mulia untuk pembaca sekalian (jika masih ada dan aku anggap itu sebagai 1 keajaiban). Terima kasih kepada yang menjengah.

Alhamdulillah Allah s.w.t memberikan aku peluang sekali lagi bertemu dengan bulan "Pesta Pahala". Kesempatan yang tidak diperolehi oleh orang yang sudah mati. Dengan kata lain aku masih hidup. #syukur. Masuk tahun ke-2 aku berpuasa di kampung halaman setelah berkelana di utara tanah air. Juga tahun ke-4 aku di rumah yang tidak mempunyai tingkap di sisi kiri dan kanan.

Tahun ini terasa lebih matang dalam menjalani ibadah puasa, tahap kesedaran yang semakin menggunung, fokus yang semakin tajam.! Mudah kata, kini aku lebih ingat kepada mati. Sebagaimana yang pernah di terangkan oleh Ust. Asmadi: "Mati itu pasti, namun kita perlu ambil berat dengan bekalan yang perlu di bawa". Dari telahan tanpa iman pastinya aku mentafsirkan "Kenapa aku perlu bekal sedangkan aku akan mati". Dan sedarlah yang sebenarnya yang mati itu Jasad, Roh masih akan "hidup" menanti Hari Pembalasan.

Untuk rekod, hampir setahun aku kehilangan orang yang tersayang. Kesedihan & kekecewaan yang tidak dapat dibendung. Pola hidup yang tiba-tiba berubah secara drastik. Tapi itu semua hanya dalam hati, Allah Maha Berkuasa dan lagi Maha Mengetahui kepada setiap yang terjadi, dan perancangan Allah adalah di atas KekuasaanNya, tiada siapa yang mampu menghalang. Aku diberi peluang dan ruang untuk perbaiki diri atas musibah yang berlaku. Aku bermula dengan langkah pertama semula, sedikit demi sedikit dengan keyakinan bahawa apa yang berlaku di atas hikmah Allah s.w.t. Sehingga hari ini, perljalanan aku amat indah lagi berseri-seri. #syukur

Mengambil sepotong ayat daripada Surah Al-Insyirah, Allah berfirman:
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" 94:5

Ia merupakan kata-kata Allah, yang tiada sangkalan. Maka sesungguhnya aku yakin dengan ayat itu dan meletakkan sepenuhnya pemahaman aku pada setiap dugaan yang diberikan.

**malam larut ini aku menulis dengan isi hati, Mensyukuri Nikmah diberi, Bersabar dengan Dugaan yang diterima. Masih ada baki 2 hari untuk berpesta pahala. #insyaAllah

_no19/17082012@0413

Ahad, 13 Mei 2012

Mengerang di Hari Ahad


#di google, search "mengerang" dan ini antara image yang keluar.

Tidak seperti permulaan sebelum ini, aku akan kaitkan dengan masa dan keadaan yang sudah berlalu. baru tersedar gaya penulisan seperti itu ibarat mahu mengungkit kisah silam..kah kah kah 

Banyak yang mahu diperkatakan tentang dunia hari ini, tapi apa perlunya kerana aku pun masih lagi di atas katil bujang kah kah kah..Hey hari ini hari Ahad..! hari untuk menjadi binatang ternakan.."makan, tido, cangkung, berak, tido". Dengan alasan Ahad ialah waktu Hibernasi.

Dalam perjalanan hidup, dari pandangan majazi..melakukan kesalahan adalah sesuatu yang buruk dan najis. Hukuman adalah perlu dijatuhkan sebagai hukuman. Ini sangat kelakar, kerana semasa aku pandai membaca bahasa malaysia aku terbaca ayat ini "Belajar daripada Kesilapan". Maksudnya membuat kesilapan itu adalah 1 perkara baik lagi suci kah kah kah..

Di muka bumi milik Allah yang maha berkuasa ini, tidak kurang beribu juta kesilapan yang telah aku buat samada sengaja mahupun tidak. Tapi aku masih hidup lagi dan mampu melayari Facebook awek2 comel yang mampu mengait jiwa raga. Pastinya ayat ini sedikit terkesan:
"24 jam diperuntukkan sehari untuk manusia oleh Allah, berapa jam peruntukkan kepada Allah oleh manusia. Seringkali kita memohon itu ini dari Allah, tapi Allah beri kita Oksigen tampa perlu kita minta"

Aku bukan pandai agama untuk berkhutbah, sedikit rasa untuk berdakwah..semoga yang baik berterusan:


Surah AnNisaa'. Ayat 031.
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).


**Aku sesali (mengerang) apa yang berlaku sepanjang hidup ini, salah datang dari diri sendiri..kerana mati itu pasti, aku perlu bekalan agar tidak menyesal di barzakh nanti.

#tamhariniaz_newborn_13052012:1513//no.19