Sabtu, 30 Mei 2009

Pink yang menjanjikan kelembutan disebalik purple

Ibarat si panda yang keletihan mencari sebatang buluh di celahan hutan musim kering untuk dijadikan makanan tengahari begitu lah perumpamaan aku yang agak keletihan mencari rezeki demi menyambung kehidupan yang masih ada ini.

Walaupun panda itu tidak secomel aku..ahaks~ namun aku yakin comel bukan lah tiket untuk segalanya..apa yang penting mungkin "kerjasama"..ya~!! itulah kata-kata yang acapkali terpacul dari mulut-mulut sekian anak buah-buahan aku..arghhh~!! agak-agak la jam baru pukul 9 pagi ni..paksu korang tak puas lagi terlena dibuai mimpi-mimpi indah si bidadari..*sigh*

Dalam keletihan 3 hari aku di JB..aku sempat mengisi beberapa ruang dalam hati aku dengan kenangan manis lagi bermadu he he he..ya~!! sangat bermadu dan melekit-lekit..itu aku suka..ke kiri aku senyum..ke kanan pun aku senyum sacha..apa la agaknye ye..wa ka ka ka ka..harap-harap rajin-rajin la bos wat trip ke JB lagi ye..ah~

Seterbaliknya aku dari JB aku dihidangkan dengan jujukan senarai kerja yang kalau nak dikira panjang nya umpama perjalanan 7 purnama mencari cinta..1 demi 1 aku jelajahi..sehingga hasilnya aku yakin yang aku sekarang dah tersampuk dengan sejenis "virus"..masuk hari ni dah 3 hari aku demam~!! kemuncaknya malam semalam tidur aku hanya bernafaskan celahan ruang mulut sebab hidung aku amek EL tamo bernafas..acapkali aku tersentak akibat kekurangan oksigen dalam diri ku..aku termengah-mengah umpama ikan dilempar ke atas darata..sedetik aku bertanya pada diri "adakah malam ini yang terakhir?"..sesungguhnya masih banyak lagi yang aku perlu lakukan kepada Mu, ibu, keluarga dan lain-lain..Alhamdulillah nyawa aku masih ada sehingga ter'update" nye blog ni ehe~

Jadi, aku semakin banyak berfikir..memikir..terfikir..tentang apa? bila? bagaiamana? adakah? dan siapa? terlanjur berfikir..bersendirian aku memandu tanpa hala tuju..dan aku dapat rasakan kekurangan pada suasana..
"oh kenapa kereta ku ini sunyi"
"aaa~ amp kan rosak..patut minggu ni dah boleh amek"
"baik~!! kita pegi kedai kenny sekarang..lalalalala~"
"oit apa macam amp saya" - biskut
"lu pegi check sana amoi" - kenny
"ini sula siap kah" - biskut
"ada call?" - amoi
"ada tapi tara angkat" - biskut
"sapa?" - amoi
"kenny la..saya call 18 kali maa..dia tara jawab~!!" - biskut
"saya cakap kedai ada call u mari angkat barang ka?" - amoi
"tada..~!!" - biskut (buduh lain kali cakap bagi terang)
"nanti saya check belakang" - amoi
"demn check belakang aku wat pe" - zaini dalam hati
"ok semua RM95" - amoi
"mahal siut~!!" - biskut
"apa u kata?" - amoi + kenny
"saya demam kepala sakit nyut nyut.." - biskut
"sekarang pasang.." - biskut

..sorang budak pasang amp balik..krek krok krek krok..

"RCA cable lagi ada?" - budak kenny
"nanti saya tengok dalam poket spender kalau ada.." - biskut
"jangan itu macam boss..ha ha ha" - budak kenny
"lain kali jangan tanya solan itu macam..pandai~!!" - biskut
"tengok saya sudah tukar cable baru sikalang ok boss" - budak kenny
"mana boss?" - biskut
"apa halt?" - kenny
"ini cable saya beli u RM50 u cakap sangat baik..sekarang lagi mau tukat?" - biskut (agak marah)
"mesti maa ini sudah lama..tengok kaler sula itam" - kenny
"itu cable memang kaler itam magnkuk.." - biskut
"abes 1 cable 2 bulan suda mau tuka ka?" - biskut
"tara tentu kadang-kadang ala goyang sini sana" - kenny
"sekarang pasang.." - biskut (abes emo dah ni)
"sume berapa?" - biskut
"saya bagi diskaun" - kenny (sambil bukak resit, aku tak nampak mana diskaun)
"err..u pen ada salah ka?" - biskut
"apa?" - kenny
"itu diskaun punya, itu pen tara boleh tulis ka? saya ada pen banyak..mau?" - biskut
"he he takpa sekarang saya bagi" - kenny
"RM120 sacha" - kenny
"kalau lepas seminggu aku datang balik sini..ko siap-siap panggil bomba ok" - biskut
"ok" - kenny (ntah paham ke tidak aku sindir tu)

Setelah 2 hari aku tak keluar rumah..sekali keluar kejap cari ubat yang baru RM3 tapi abes gak duit aku RM120 pasal semata-mata nak kan bunyi-bunyian dalam kereta..argh~~

Jumaat, 22 Mei 2009

Malam ini kita kerja overtime~!!

SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan


:: "beliau nampak ikhlas" - zaini ^________^

p/s: so tunggu rayuan dari DS. Nizar pulak ye adik-adik he he

Khamis, 21 Mei 2009

Pengalaman atau Inovasi Keadaan?

Tinggal lagi 30minit untuk aku berada di pejabat sebelum aku keluar mengintai langit.

Dalam kesibukan hidup akhir-akhir ni aku cuba cari ruang untuk mengekspresikan apa yang aku alami dan apa yang aku rasa diruangan sesempit ini.. (masa memang kene cari beb..kalau nak tunggu masa memang la takde..hehe yang aku cakap berdasarkan pengalaman)

Tempurung lutut aku masih lagi pedih-pedih..lukanya aku tengok masih basah juga..tapi tak separah luka di hati En Najib yang terpaksa bekerja keras untuk menjaga imej nya sebagai seorang artis di mana beliau terpaksa menolak segala tohmahan dan kata-kata liar pihak yang tidak menyukai lakonannya itu. Isk~ aku pun tak sedar macam mana yang aku boleh berlanggar hari tu..pengalaman lebih 10 tahun aku menunggang motor tidak menjamin yang aku begitu cekap bilamana kalau nak memotong kereta depan tanpa lihat depan akan juga eksiden la jawabnya.

Tapi itu bukan aku seorang..haha~ dalam perjalanan pulang di lebuhraya NKVE menuju ke Klang..sebuah RX-Z meluru pantas seperti tiada halangan di hadapan beliau..aku sempat menoleh ke arah penungang itu yang parasnya tidak la se"rider" mana..bunyi geseran tayar dan tar ku dengar..asap-asap putih hasil dari geseran tersebut mulai berkepol..sambil memperlahankan motor aku (ada hutang lagi 14 bulan)..dengan redha aku lihat RX-Z tu melanggar bontot lori 3 tan..ehehe~ berpusing motor tu lalu terpelosok ke celahan penghadang jalan..aku sempat berimaginasi sebentar "agaknya cane la aku jatuh pagi tadi ye..isk" - bisik ati kecil aku..

Dengan pantas aku menuju kearah beliau, tapi ada 1 konflik dalam diri aku.."err..xpe ke biar beg aku kat motor..dalam ada laptop tu.."------"xpe ar, sapa lak nak amek kan"------"eh jangan..ni musim ragut ni"------"ok2 pikul beg" aku pun mula berlari..JAP~!!! "aduh..motor tu nak pasang signal ke?"-----"isk kang orang benti rembat pulak motor aku"-----"argh..amek kunci jap" saat ni aku dah agak letih sikit..aku berlari semula ke arah beliau.."oit motor aku ni cam parking tengah sangat..kot orang lain x pasan kang langgar pulak"------"tak pe la..ni emergency ni"...sahaya aku meluru kembali ke arah beliau, aku nampak beliau dah pun berdiri..err~ err~ hahahahaha~!!! adoila..x sempat tolong..aku dengan tak tanya banyak sebab agak segan lambat tolong dia tadi..terus tarik motor dia yang terselit tu.."berat pa lupak motor ni..aku dh la sakit kaki"...KRAK~!! adeh..pinggang aku krem..woooo~!!! sakit nye Ya Rabbi..tapi aku wat muka cool je..niat nak tolong (walaupun pagi tadi 1 jadah haram One Malaysia takde pun nak tolong aku).

Aku sempat tanya beliau.."u kaki ok ka bos?" "mau panggil ambulan ka?" (sambil aku tengok dia berdiri tapi encot-encot sikit la) dia balas.."ok bang..saya boleh berdiri" kui..kui..lepas aku berjaya tegakkan motor dia (time pinggang dah kebas)..aku yang konon cam tokey kedai motor dok belek-belek la RX-Z tu..takde la teruk mana pun..aku tolong dia start..dipendekkan citer..dia jalan dulu sambil sempat berjabat tangan ngan aku..aku follow dia slow-slow..sampai aku rasa cam slow giler mamat ni..aku terus memotong sambil wat "peace" kat dia..

Dalam perjalanan pulang tu, aku banyak berfikir pasal kejadian yang berlaku..antara karma..ketentuan..takdir..ajal..maut..hikmah..tapi aku fikir tak lama sangat..terus aku bernyanyi lagu-lagu dari kompilasi yang ada dalam hotak aku..antara lagu yang aku ingat ialah:
- Janji Manismu (Aishah)
- Syukur (Raihan)
- Kenanganku (Jefri Din)
- Ayam Den Lopeh (Anita Serawak)

Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah dengan selamat..

Tukar baju..

Layan drama "Matahari" ekekekeke.. ^______________^

Sabtu, 16 Mei 2009

Kewajipan Berwuduk


Secara dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan syariat.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali."

Mengikut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam. 5 lagi berada di kawasan antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

Muslim meriwayatkan kata Rasulullah S.W.T yang bermaksud, "Sesiapa yang mampu antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeenya."

**Ghurrah
= membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa.
**Tahjeel = membasuh tangan melebihi kawasan siku dam membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut.

Justeru berwuduk, di samping merupakan salah 1 ibadah dalam Islam, ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.

(Dr. Danial Zainal Abidin)

Rabu, 13 Mei 2009

Agak-agak la kawan..


Ramai orang makan nasi..
Ada orang ingat dia paling bagus..

Semua orang tumbuh gigi..
Cakap dia semua betul..

Rambut sama hitam..
Fikiran dia yang paling baik..

Kalau semua lu betul..
Kami semua salah ka?

Lu jalan kedepan?
Kami semua belakang lu la..

Ingat sikit kawan..

Agak-agak la..

12.54am
mini opis biskut

Jumaat, 8 Mei 2009

Sabar pada Kesabaran..


Maka bermula babak sedih dalam hidup Effendy (bukan nama sebenar) tatkala dia mengalami "depress" yang super melampau akibat dari pergaduhan dengan majikannya hanya kerana disebabkan oleh sepinggan roti canai.

Dalam perjalanan pulang dengan menaiki motor yang berkuasa 110cc menyelusuri belantara-belantara di sepanjang lebuhraya NKVE dari Sg Buloh ke Klang di dalam HOTAK nye hanya bermain-main perkataan "wtf" *terpaksa guna acronimes kerana ia mengandunyi unsur-unsur carutan melampau*.. Mengacap kali Effendy terlelap di atas motor akibat pedih infiniti cucukan tajam sinar-sinar mentari petang terus ke arah matanya yang sangat romentik. Namun perjalanan harus jua diteruskan demi menyambung penghidupan nya di rumah *alamat terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab dia agak pro pembangkang*

Sesampai di rumah..Effendy terus mandi dan mendandan dirinya yang masih agak lembap (tuala nipis)..60minit berlalu agak pantas, Effendy sahaya keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yeah..yeah.. (ikut bait-bait lagu Siti Nurhaliza gamaknya)..

Semasa di luar Effendy mencari ketenangan..mencari dan terus mencari hingga Effendy get oredy bo-bo..

Effendy sampai kembali di rumah sebelum tengah malam buta..semasa ibunya masih lagi dalam keadaan terjaga..

Effendy hanya berbaring menonton TV yang dibelinya 5 tahun lepas jenama dari Jepun..tanpa menghiraukan keadaan jiran tetangga..Effendy meneruskan tontonan filem antarabangsa berikut..ianya membuatkan Effendy mengantuk lantas tertidur di hadapan TV yang dibelinya 5 tahun lepas jenama dari Jepun..

Tiba-tiba telefon rumahnya berdering.. (tapi bukan bunyi Ring..Ring..), dalam keadaan separuh sedar dia bangkit dari tidurnya yang hanya di hadapan TV..dilihat pada jam "henpon" nya..

"mangai..pukul 4.00am?" - bisik hati kecil Effendy
"jadah sape call kul 4.00am ni?" - Effendy mula membuka mulut
"x pelah..orang salah no la tu kot, kalau urgent mesti dia call henpon aku atau pun mak.." - Effendy yang pemalas mencari alasan..

Dengan hati yang masih sedih..Effendy teruskan meniduri dirinya sendiri di atas katil empuk hadiah harijadinya yang ke 25 daripada ibu.

...
...
...
...
...

"WOIT~!! pukul 8.00~!!"

"mampos aku lewat ni.."
**jarak antara rumah Effendy ke Opis adalah +- 1jam 5minit**

"hehe~ takpe..kita masuk keje kat Klinik Sungai Buloh saje.."
**jarak antara rumah Effendy ke Klinik Sungai Buloh adalah separuh dari masa yang diambil untuk dia ke Opis dari rumah (kira la woi haha..)**

Sambil Effendy melayan sarapan di warung simpang..

"Baru nak ke kerja?" - soal makcik penjual nasi lemak
"A'ah..hari ni ada meeting, tu yang g lewat sikit.." - jawab aku
**sempat gi sarapan dulu?** isk..isk..isk..

Sambil duduk akan..datang pula Arifin iaitu sahabat abang ngah Effendy

"Keje mana yep?" - Soal Arifin
"Ha..hari ni keje kat site Sg Buloh.." - Jawab Effendy untuk mengelak kantoi lewat bangun gi opis...
"Oh..sonok ye keje ko..sana-sini" - Soalan kedua Arifin
"Ehe~" - Jawab aku dalam kepuasan dapat meloloskan diri..

Sekian, catatan diari Effendy pada hari ini yang berjaya aku baca semasa beliau ke jamban untuk menghisap rokok..

Isnin, 4 Mei 2009

Bergelintangan hitam maya

Jika ingin kan yang baik, pastikan niat yang baik serta berjalan lah dengan baik..
Tidak ada yang terbaik jika tiada halangan yang terbit..
Andai sebaik-baik irama yang diterima dari mana..
Kelak mungkin pudar begitu saja kerana nilai yang tiada tanpa usaha..

Mengintai habuan diterima di sebelah sana..
Membuatkan diri menjadi gulana..
Nasib yang inikah layak diterima bila gandaan kerja sering dilakukan tanpa alasan.
Kekadang akhirnya sampai sendiri menjadi korban akibat cemburu buta..

Perjalanan dengan liku disuratkan kepada mu..
Dia tidak akan memberikan mu ujian yang kamu tidak mampu..
Sambil mata terpejam, aku berillusi..
Sejenak aku di padang bersalju sambil tangan menggapai pintu "itu"..

-FIN-