Jumaat, 17 Ogos 2012

Ramadan Kembali

Salam Ramadan 1433 / 2012


Assalamualaikum w.b.t, ucapan yang mulia untuk pembaca sekalian (jika masih ada dan aku anggap itu sebagai 1 keajaiban). Terima kasih kepada yang menjengah.

Alhamdulillah Allah s.w.t memberikan aku peluang sekali lagi bertemu dengan bulan "Pesta Pahala". Kesempatan yang tidak diperolehi oleh orang yang sudah mati. Dengan kata lain aku masih hidup. #syukur. Masuk tahun ke-2 aku berpuasa di kampung halaman setelah berkelana di utara tanah air. Juga tahun ke-4 aku di rumah yang tidak mempunyai tingkap di sisi kiri dan kanan.

Tahun ini terasa lebih matang dalam menjalani ibadah puasa, tahap kesedaran yang semakin menggunung, fokus yang semakin tajam.! Mudah kata, kini aku lebih ingat kepada mati. Sebagaimana yang pernah di terangkan oleh Ust. Asmadi: "Mati itu pasti, namun kita perlu ambil berat dengan bekalan yang perlu di bawa". Dari telahan tanpa iman pastinya aku mentafsirkan "Kenapa aku perlu bekal sedangkan aku akan mati". Dan sedarlah yang sebenarnya yang mati itu Jasad, Roh masih akan "hidup" menanti Hari Pembalasan.

Untuk rekod, hampir setahun aku kehilangan orang yang tersayang. Kesedihan & kekecewaan yang tidak dapat dibendung. Pola hidup yang tiba-tiba berubah secara drastik. Tapi itu semua hanya dalam hati, Allah Maha Berkuasa dan lagi Maha Mengetahui kepada setiap yang terjadi, dan perancangan Allah adalah di atas KekuasaanNya, tiada siapa yang mampu menghalang. Aku diberi peluang dan ruang untuk perbaiki diri atas musibah yang berlaku. Aku bermula dengan langkah pertama semula, sedikit demi sedikit dengan keyakinan bahawa apa yang berlaku di atas hikmah Allah s.w.t. Sehingga hari ini, perljalanan aku amat indah lagi berseri-seri. #syukur

Mengambil sepotong ayat daripada Surah Al-Insyirah, Allah berfirman:
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" 94:5

Ia merupakan kata-kata Allah, yang tiada sangkalan. Maka sesungguhnya aku yakin dengan ayat itu dan meletakkan sepenuhnya pemahaman aku pada setiap dugaan yang diberikan.

**malam larut ini aku menulis dengan isi hati, Mensyukuri Nikmah diberi, Bersabar dengan Dugaan yang diterima. Masih ada baki 2 hari untuk berpesta pahala. #insyaAllah

_no19/17082012@0413

Ahad, 13 Mei 2012

Mengerang di Hari Ahad


#di google, search "mengerang" dan ini antara image yang keluar.

Tidak seperti permulaan sebelum ini, aku akan kaitkan dengan masa dan keadaan yang sudah berlalu. baru tersedar gaya penulisan seperti itu ibarat mahu mengungkit kisah silam..kah kah kah 

Banyak yang mahu diperkatakan tentang dunia hari ini, tapi apa perlunya kerana aku pun masih lagi di atas katil bujang kah kah kah..Hey hari ini hari Ahad..! hari untuk menjadi binatang ternakan.."makan, tido, cangkung, berak, tido". Dengan alasan Ahad ialah waktu Hibernasi.

Dalam perjalanan hidup, dari pandangan majazi..melakukan kesalahan adalah sesuatu yang buruk dan najis. Hukuman adalah perlu dijatuhkan sebagai hukuman. Ini sangat kelakar, kerana semasa aku pandai membaca bahasa malaysia aku terbaca ayat ini "Belajar daripada Kesilapan". Maksudnya membuat kesilapan itu adalah 1 perkara baik lagi suci kah kah kah..

Di muka bumi milik Allah yang maha berkuasa ini, tidak kurang beribu juta kesilapan yang telah aku buat samada sengaja mahupun tidak. Tapi aku masih hidup lagi dan mampu melayari Facebook awek2 comel yang mampu mengait jiwa raga. Pastinya ayat ini sedikit terkesan:
"24 jam diperuntukkan sehari untuk manusia oleh Allah, berapa jam peruntukkan kepada Allah oleh manusia. Seringkali kita memohon itu ini dari Allah, tapi Allah beri kita Oksigen tampa perlu kita minta"

Aku bukan pandai agama untuk berkhutbah, sedikit rasa untuk berdakwah..semoga yang baik berterusan:


Surah AnNisaa'. Ayat 031.
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga).


**Aku sesali (mengerang) apa yang berlaku sepanjang hidup ini, salah datang dari diri sendiri..kerana mati itu pasti, aku perlu bekalan agar tidak menyesal di barzakh nanti.

#tamhariniaz_newborn_13052012:1513//no.19






Rabu, 20 April 2011

Kesedaran yang Tersedak

**Di  posisi paling "cool"**

  Dan rupanya aku masih ada keinginan untuk menulis..ini mungkin 1 petanda yang baik. Masih mampu untuk menahan untuk tidak terus bermimpi. Syukur nafas masih berlari.

  Kehidupan sudah berubah, tiada lagi marah-marah..tiada lagi ego-ego dan mungkin sedikit lagi tiada lagi "aku pulak..". Bertahun-tahun sudah hidup rupa-rupanya masih banyak lagi yang perlu dihidupkan. Siapa sangka umur yang meningkat bukan bertambah tapi semakin sedikit..semakin bertambah angka rupanya semakin dekat untuk aku ditanam. Doa aku agar aku ditanam dengan sempurna..sehabis sempurna sehingga tiada orang yang berpaling dari merah tanah sebelum adanya 2 batu menemani layar aku sehingga tiupan sangkakala yang kedua.

  Persoalan semakin menggunung..pencarian semakin luas..untuk sesuatu yang diingini rupanya  tidak hanya perlukan diri sendiri, persekitaran tetap perlu dalam membantu. "Hilang terang sendiri, pergi mencari cahaya di sisi". Okeh cukup ayat-ayat pelik untuk pembukaan pagi ini..

Sedikit kemaskini akaun diri:
  - rambut sudah kembali kepada 6 inci
  - habis perantauan di utara tanah air
  - kembali memetik 6 tali
  - masih single and ready to mingle ^.^

Hobi lama betaut kembali:
  - melempar bola 10paun ke arah 10 batang di hujung lorong
  - duduk bersandar di bilik gelap sambil bertih jagung di apit kiri
  - buat masa ini hanya mampu 512 kelajuan selari
  - komputer di riba sampai terlena

[aku masih mencari mood untuk menulis secara melawak tapi tak dapat-dapat] aduh~

Namun yang pasti masih:
  - persiapan untuk mati tidak konsisten
  - semakin mula menjauhi lapik dahi
  - umi yang dekat samar di mata
  - hati kosong belum terisi (mampus la ayat macam ni ha ha ha)

Yang baik harap berterusan:
  - tabung masa depan terus berisi
  - aset semasa hidup teguh berdiri
  - kawan-kawan belum membenci
  - doa umi dan abi ke tanah suci..semoga mereka nanti di arash Illahi

Harap benar aku celik siang nanti, aku bersyahadah kepada mu ya Rabbi..

\\no.19 @ 3.30am

Isnin, 24 Januari 2011

Apa Khabar Tahun Baru?

**Gaya itu Keunggulan**

     Sudah agak lama berlalu..baru malam ini aku ada nafsu nak menulis pasal tahun baru..Tahun Baru Hijrah & Tahun Baru Masehi, kedua2 nya adalah pembukaan kepada bulan baru dalam kalender. Bererti tambahan 1 kepada tahun yang sedia ada, jika Hijrah dengan 1432 manakala Masehi dengan 2011. Signifikannya sama iaitu Tahun Baru..

     Azam baru tidak dapat dipisahkan dengan Tahun Baru..ibarat irama dan lagu. Tak pernah aku dengar ada orang berazam yang jahat-jahat..semua azam mesti baik-baik belaka..(ini tidak termasuk lelaki yang bernama azam..aku tak kata kawan aku yang nama azam adalah lelaki jahat..tapi kadang-kadang dia boleh jadi jahat dalam hal-hal berkaitan perempuan..). Aku pun tidak lepas dari memperbaharui azam aku pada setiap tahun..ha ha ha (tengok ayat tu betul-betul "memperbaharui")..macam biasa azam aku pada setiap tahun ialah: "menjadikan hidup aku lebih baik dari tahun lepas"..azam yang aku rasa sangat releven setiap tahun..   =)

     Oleh kerana ini adalah tulisan pertama aku pada tahun ni dan setelah lama bercuti dari menulis..aku biarkan ianya ringkas dan mudah untuk dihadam..semoga tulisan malam ini menjadi 1 permulaan untuk aku lebih rajin untuk menulis..bukan untuk orang lain, tapi untuk diri aku sendiri..

Selamat Malam Kangar..Klang..Shah Alam..
\\tamhariniaz_no.33_12.16am

Ahad, 25 April 2010

Sama Tapi Tiada Serupa

Mimpi buruk itu seperti sedikit lagi akan menjadi kenyataan..aku dalam keadaan tersenyum (aku sepatutnya sedih kerana ia mimpi buruk)..

Tidak mengapa, kerana yang sedikit itu masih belum muncul dan kenyataan yang bakal terjadi dari mimpi buruk itu pun belum berlaku.

Aku tersenyum kerana mimpi itu agak dramatik..yang mana aku tidak sangka diri aku juga sebenarnya penuh dengan drama.

p/s: jika ini boleh dijadikan skrip yang kuat, maka nantikan kemunculannya di pawagam-pawagam berhampiran ;)

Isnin, 12 April 2010

Kritikal itu sama juga dengan Pertimbangan yang wajar

Dan hasilnya setelah aku membuat sesuatu yang pada pandangan aku betul adalah?

Dan hasilnya setelah beberapa tahun menjadi dewasa adalah?

Dan hasilnya setelah beberapa kali membuat keputuasan yang salah adalah?

Jadi cukuplah hanya 3 soalan tersebut kerana jawapan untuk soalan-soalan yang bakal menjelma adalah:

"Oh hey..aku adalah tidak boleh untuk membuat kesalahan..dan jika bukan pun aku tetap membebani kesalahan, tidak cukup dengan itu..porak-peranda untuk segala sudut adalah AKU"

Syabas untuk kehidupan yang indah ini ;)

-tamhariniaz.12.54am no.33-

Ahad, 7 Februari 2010

JANGKA HAYAT KESAL

**Sejukkan hati dengan cara yang baik**

Kisahnya bermula bila kesalahan baru sahaja selesai dilakukan. Maka nanti tak henti-henti mulut mengucap istighfar. Mengigil badan. Ketakutan mulai mengelilingi persekitaran. Hati menjadi tidak tenang dan sedih. Pada waktu ini hanya 1 perkara sahaja yang terlintas di fikiran iaitu "insaf".

Andaian seseorang mengatakan iman manusia ini bagaikan roda. Ia akan berpusing dalam sfera. Ada kala ia di puncak..ada kala ia di lurah..bagi aku iman adalah usaha. Setebal mana iman jika hanya menonton berita terkini hiburan sensasi.

Saat awan berarak aku masih di benteng menyaksikan kiri kanan hiburan.
Saat ekuinoks aku masih liat melekat di depan kaca televisyen.
Saat mega jingga aku masih bersandar di kerusi empuk pawagam.
Saat bermulanya hari baru aku masih di alam mimpi.

Bila ku sedar..aku KESAL..istighfar lagi..aku harap ini tidak akan kerap kembali..

tamhariniaz.no33.2am

Sabtu, 30 Januari 2010

LIBUR DI KANGAR


**Kiri dan Kanan haruslah bermuafakat**


Nah di depan ku seorang perempuan..sebelum itu dari luar kereta aku lihat susuknya agak menarik. Setelah diperkenalkan lansung perawan menghulurkan tangan berjabat. Aku sambut acuh tak acuh..(ternyata lembut selembut helaian rambutnya yang lurus).

Lantas sahaja menuju ke sebuah restoran gaya barat dengan konsep terbuka..mereka gelarnya sebagai "Bomak" (aku tidak tahu asal usul nama itu). Rata-rata pengunjung restoran adalah muda mudi disekitar umur 20an..mereka nampak kenyal lagi segar. Angin malam ini agak kuat..maka menguraikan helaian-helaian rambut gadis gadis mongel..Sekali sekala aku beralih pandangan yang dari tadi menjurus ke kaca televisyen.

Malam ini aku dibawa berlibur di pekan Kangar..liburan ini tidak sehebat di Klang..tidak banyak pilihan di sini..rata-rata tempat yang dituju adalah pusat hiburan keluarga atau dengan kata lain "Karaoke"..Disekeliling keadaan sudah menjadi gelap walaupun jam belum pun kearah tengah malam. Maka anak tangga dinaiki..di hadapan aku, seorang perempuan yang tadi berjabat tangan..dia membuka pintu untuk aku..OK itu pelik..aku tidak sempat menunjukkan sifat "gentelmen" (aku dah rugi 1 markah di sini ha ha )..jemaah di dalam bilik itu agak berani..berdegup juga dada aku menahan diri..tapi lega kerana mereka masih waras..aku lantas mengikat rambut untuk kelihatan lebih menarik.

Setelah 2 jam jemaah beredar..bersambung pula di meja makan. Di situ aku mendengar topik-topik perbualan anak muda Kangar..aku fokuskan di kalangan jemaah meja itu sahaja..perempuan itu adalah dalam kategori cantik dan menarik..namun ceritanya agak membuat aku terkejut..ya aku terkejut juga..aku terkejut mungkin kerana aku dah lama tidak bergaul dengan kawan sebegitu..aku mula menafsir..apakah perbualan itu ikhlas atau hanya untuk menarik perhatian..ntah dari mana datang keinginan untuk aku lebih mendekati gadis cantik itu..aku mahu sangat mengetahui cerita dia..mengetahui impian dia..mengetahui permainan dia..hmm..mungkin bukan malam ini..mungkin bukan esok dan mungkin tidak mungkin..biarlah kataku..cuma aku dapat rasa yang 1 hari nanti aku akan berjumpa kembali dengan dia tapi dalam keadaan yang berbeza dari malam ini..

Walau apa pun namanya..(aku lupa nak tanya)..aku doakan semoga kau selalu dalam keselamatan dan kesejahteraan.

p/s: sila jangan teruskan niat kau untuk bertatu ya..! kau sudah sangat cantik bergitu..

||tamhariniaz^no.33^2.35am||

Jumaat, 29 Januari 2010

TAJUK KALI INI IALAH: "BELUM ADA TAJUK"


**Contoh individu yang gemar menonton TV dalam gelap**


2-1..ya itulah keputusan perlawanan karem antara aku dengan Yusri (teman penyewa) sebentar tadi. Hari ini kami menggunakan kaedah alternatif untuk melicinkan pergerakkan "CarromMen" di atas papan karem..kebiasaannya kami menggunakan "CarromPowder" yang dibeli di kedai Loh Kuan. Tapi malam ini kami menggunakan TepungUbi. Seperti yang tertakhluk di dalam "Official Laws of CARROM - Adopted by: International Carrom Federation 1993" buah karem perlu boleh bergerak berpatah balik sebanyak 3 setengah kali apabila dijentik dengan keadaan normal iaitu dengan kekuatan 10newton kuasa..Kaedah alternati ini pada pendapat peribadi aku adalah sangat sakai dan membazir duit..juga tidak sesuai dengan keadaan kesihatan kami yang mempunyai resdung! jadi untuk anda di luar sana.."fikir dulu sebelum guna tepung ubi untuk permainan karem"

Suasana selepas jam 8.30pm hari ini begitu syahdu:
- Suami kepada kakak mak aku mengalami stroke dan sedang diselamatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
- Semua ahli keluarga dekat dan jauh mulai berkumpul di unit kecemasan
- Kali terakhir aku hubungi mak pada jam 11.30pm..dan keadaan masih kritikal..mak minta aku doakan apa yang patut..aku jawab "InsyaAllah"..(mak nangis)

Suasana selepas jam 11.30pm hari ini begitu.. (tidak ada perkataan sesuai yang aku mampu fikir):
- Aku masih belum dapat lupa kepada..
- Aku jadi boring kepada..
- Aku jadi marah kepada..
- Aku jadi cemburu kepada..
- Aku jadi celaru bila..
- Aku jadi tak boleh tido

Sekarang jam 1.00am 29/1/2010..

Mungkin aku akan terus berjaga sampai jam 3 pagi sekiranya mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku..

(Segala yang terjadi datang dariMu..kepadaMu jualah kami kembali)

**tamhariniaz @ no.33 _ 1AM**

Isnin, 25 Januari 2010

MELUPAKAN BINTANG

Contoh proses "Melupakan": Perlu perah kepala.
Mengambil masa yang lama itu adalah biasa. Untuk melupakan sesuatu itu amat sukar. Untuk mengucapkannya sangat mudah. Melupakan dan Dilupakan adalah dua perkara yang berbeza, walaupun dari kata akar yang sama. Namun begitu dalam keadaan-keadaan yang tertentu perkataan Melupakan itu boleh digunakan dalam dua situasi yang amat kontra.
- Amat mudah untuk melupakan hutang
- Amat sukar untuk melupakan penghutang
Proses melupakan ini boleh jadi bergitu abstrak.
Banyak masa mungkin diperlukan untuk melupakan. Lebih-lebih lagi pada perkara yang kita sayang..sesuatu yang amat bernilai alam hidup. Atau sesuatu yang meninggalkan memori hitam dalam hidup. Dalam persekitaran cinta, perkataan Melupakan ini selalu juga digunakan. Seperti contoh: "Mama..Papa tak kan melupakan Mama walau apa terjadi sekalipun" atau "Abang tak kan melupakan Sayang..ini janji Abang." (terselit juga janji-janji).
Rumusnya, bagi aku..perkara lepas mampu aku lupakan dengan jarak waktu. Tapi untuk aku melupakan "Bintang" itu mungkin tidak..
\\tamhariniaz @ 1.35am_no.33