Sabtu, 16 Januari 2010

Sila jangan ulang yang berulang

*suasana jitra mall cinema*
Setibanya di perkarangan lobi cinema, aku terus saja melepaskan ikatan rambut. Sangka aku nanti tidak mahu kelihatan poyo dihadapan pengunjung dari sekitar Kedah dan Perlis..menuju ke kaunter jualan tiket di cinema ini adalah 1 perasaan yang penuh dengan saspen..ketika ini seluruh adrenalin berkocak kencang! aku bertuah kerana tidak perlu beratur di kaunter jualan (boleh rujuk gambar di atas)..
aku: "dik! denan sempet 2! kul 11.55pm itu.."
awek kaunter: "ya ada tinggal yang itu saja bang.."
aku: "sila tunjukkan lokasi nya"
awek kaunter: "duduk asing bang..1 sini 1 sana (sambil jari bendi nya menunjuk skrin komputer)
aku: "ok takpe..cerita apa lagi ada?"
awek kaunter: "cerita cina..nuuu! (sambil mengarahkan muncung donald duck nye ke arah poster)
aku: "ok takpe..terima kasih..saya balik tgk tv saje k"
Begitulah..aku sudah biasa dengan keadaan ini di sini..aku memang telah jangka sejak seawal jam 8pm tadi..tapi apa boleh buat..semuanya sudah suratan takdir..takdir aku untuk tidak dapat menonton adnan sempit pada malam ini..aku tidak berasa sangat sedih..walaupun perjalanan yang agak jauh dari kangar ke jitra..aku cool dan rileks.. (terima kasih teman rumah yang bersusah payah memandu dengan menggila).
Selepas kali ini aku tidak akan mengalami nasib yang sebegini lagi..aku yakin dengan tindakan aku tadi..walaupun sukar..tapi tindakan aku yang drastik itu aku yakin mampu mengubah takdir aku..perasaan ini umpama mercun yang meletup..umpama daun yang baru ingin mekar berkembang..umpama seri pagi di pagar rumah..umpama tulips dia ladang..umpama teratai di parit..aku sangat lega! "nombor telefon untuk tempahan tiket aku terus simpan sebaik diperoleh dari pekerja kaunter (awek kaunter)..sambil melemparkan senyuman kepada nya, aku berharap pada masa akan datang bila aku membuat panggilan..dia yang akan menjawab..dan mungkin kami akan mula berdialog seperti ini:
awek kaunter: "cerita ini?"
aku: "ye.."
awek kaunter: "saya suka.."
aku: "yang ini ke?"
awek kaunter: "ya..yang ini..saya suka..suka sangat!"
Oh ini adalah kebahagiaan hakiki..
Untuk makluman..perjalanan pulang ke rumah adalah tidak langsung berasa hampa..aku malah sangat gembira menggelak menbahak-bahak..mengekori sebuah kereta perodua viva berwarna putih dengan no plat KC*8034 dalam jarak dekat..pemandu viva itu adalah seorang awek gebu putih yang sungguh menggoda..isyarat lampu merah itu apa? bukan malam ini semua lampu isyarat kan berwarna hijau..oh secara tiba-tiba aku rabun warna! Tiba di 7e..nawaitu menjadi kenyataan..alasan membeli roti sebuku sengaja dibuat semata untuk melihat pemandu viva itu dengan jarak dekat..untuk makluman malam ini aku begitu hensem..rambut kembali ku ikat seperti hero samurai jepun..ini modal untuk aku kelihatan lebih maskulin..juga untuk mengalih perhatian umum untuk menjurus ke rangkaian tubuh badan aku yang kurus..dia sangat jambu dan seksi..potongan yang mengiurkan..tapi ntah kenapa aku langsung tidak berminat untuk mengorat..aku terus berpuas hati dan langsung tidak menoleh lagi ke arahnya..dia bukan selera aku..walaupun pakej nya lengkap! ntah la..aku pun tak tau naluri lelaki mana yang aku guna pada masa tadi ha ha ha..aku tinggalkan sahaja semua itu di muka pintu 7e..dengan sedikit harapan bahawa paling koman pun dia akan ingat peristiwa ekoran itu sebagai 1 kisah semalam dalam diari hidupnya..he he he..aku senyum juga.
Begitu banyak selingan..esok hari untuk aku kembali ke realiti.
tamhariniaz.tmnira.2.26am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan