Rabu, 6 Januari 2010

selamatkan tahun baru

secara jujurnya aku tidak rela bila 2010 muncul. kerana ia menjejaskan umur muda aku.
secara ikhlasnya aku benci bila 2010 muncul. kerana ia bukan petanda aku akan dapat bonus.

mahu tidak mahu..2010 tetap hadir..bahkan masuk hari yang ke 6. SYABAS!!

mulai kelmarin aku mulai melepaskan sedikit demi sedikit segala sangkutan-sangkutan bendasing yang agak lama mendedalu di dalam sangkar-sangkar kehidupan..harap dengan ini aku akan lebih bertenang dan bercahaya..macam "Yo-yo Glow in The Dark Yo-Han"..

baik di sini atau di kampung halaman, masing-masing akan bersembang pasal tahun baru..namun dalam kepala hotak comel aku sekelumit resah tentang "Keselamatan Tahun Baru"..

p/s: malam tadi ke pasaraya semi-besar 2 tingkat..untuk membeli sekilogram gula pasir..hampa kerana waima 1 butir gula pun tiada di rak pasaran..di mana kah aku ni? Eh Perlis!! macam aku biasa lalu je LADANG GULA TERBESAR KAT MALAYSIA ini.. ha ha ha papentah..

\\tamhariniaz.JKNP@11.59am

2 ulasan:

  1. apa mksudnye tu??
    gule tade?
    0uh sy lg dh lame sgt x bli gula..
    kihkih!
    lg tataw pape psl gula~

    BalasPadam
  2. untuk makluman mai:
    - akhir thn 2009 mula kuar cite psl subsidi gula
    - pastu x lama gomen kata "kita akan kaji"
    - pastu x lama gomen kata "subsidi gula kekal"
    - pastu x lama gomen kata "tiada kenaikan harga bakal berlaku thn ini"
    - pastu x lama gomen kata "harga gula naik doposen berkuatkuasa pada jam 12malam 010110"

    he he

    BalasPadam