Sabtu, 27 Jun 2009

Hanya 1 malam..

Semuanya sudah berakhir..

Rabu, 24 Jun 2009

Mungkin..

Ya mungkin itu adalah teknik yang sering digunakan untuk mengakhiri 1 perhubungan..proses nya lebih kurang bergini:

1. Cari kesalahan pasangan dan salahkan dia mengenai apa saja
2. Berdialog "lebih baik kita tidak berjumpa pada waktu ini"
3. Memberi respon yang ala-ala suam kuku kepada pasangan
4. Biarkan ianya berlanjutan
5. Mengambil kesimpulan bahawa perhubungan sudah tamat kerana tiada "update"

Bagi mereka yang mengalami simptom-simptom ini, sila kuatkan diri dan bawa banyak bersabar..ingatlah:

"setelah kabus berlalu..pasti cerah kembali"

ha ha ha ha..kah kah kah..ho ho ho..

Ahad, 21 Jun 2009

Jiwa & Drama


Malam minggu bagi aku sama macam malam-malam yang lain..mungkin aku bukan dalam golongan penagih malam minggu..jadi seperti malam-malam minggu yang lain, aku duduk rilek saja di rumah sambil layan apa yang boleh dilayan..tapi bukan semua pun dapat dilayan apabila kadangkala aku terima juga situasi "boh layan"..

Itu bagi aku sangat *perkataan terpaksa di delete kerana mengandungi unsur-unsur kurang sihat*

Entri tengah malam kali ini aku rasa lebih kepada membuang masa lapang..tiada banyak mesej di dalam nya..jadi kalau tiada yang ingin teruskan membaca..aku faham~

Berikut adalam beberapa Drama yang sedang bermain dalam "palotak" aku:

Drama 1
Grafik di atas adalah hasil karya daripada 2 orang manusia..ianya berlaku secara spontan lebih kurang 1 tahun yang lepas..kami menghasilkannya dengan menggunakan teknologi tanpa kertas atau disebut sebagai "Paperless".

Jadi pada 1 malam..kami sama-sama mengekspresikan apa yang kami rasa dalam bentuk lukisan tersebut..

Aku sendiri lupa..bagaimana ianya boleh bermula..tapi aku masih ingat bagaimana ianya berakhir..

Aku rasakan yang ianya sesuatu yang begitu unik dan mempunyai nilai memorial yang begitu indah..jadi aku simpan sahaja dalam ruangan cakera keras komputer peribadi ini..mana tahu 1 masa nanti di masa akan datang, gambar itu dapat membuat aku tersenyum di saat-saat aku sedang bersedih..

Apapun..terima kasih kawan <[]

Drama 2
Seorang rakan berkongsi cerita mengenai seorang wanita..rakan seolah-olah cuba menyembunyikan maksud sebenar disebalik apa yang diceritakan..aku bukan lah seorang pakar psikologi yang dapat membaca isi hati nya..aku juga bukan la sebuah mesin "anti penipuan" yang dapat menghasilkan graf denyutan nadi nya..namun aku cuba menjadi seorang pendengar yang baik (yang mana selalunya aku gagal dalam cubaan ini)..

"Aku rasa kesian sangat kat dia" - Rakan
"Ko tak boleh ada rasa kesian pada orang yang ko syok" - Bront (hari ini aku gunakan nama ini supaya kelihatan sedikit komersial)
"Erm~ tapi aku betul-betul kesian..tak sangka" - Rakan
"Ko tanya diri ko dulu..adakah ko kesian pasal nanti dia akan jatuh cinta kat ko?" - Bront
"Tak lah..aku betul kesian" - Rakan
"Jadi ko rasa apa patut aku buat?" - Rakan
"Erm~ abaikan saja dia.." - Bront
"Tapi..aku macam dah ter.." - Rakan
"Bro..cinta boleh dipupuk..cari saja yang lain.." - Bront

Dalam pada masa yang sama..kedengaran pelanggan lain yang terdengar ayat aku tu tergelak agak kuat..

Aku terus cover line dengan ikut gelak sama..(padahal sebenarnya pada masa itu aku sedang serius dan ikhlas dalam memberi pendapat).

Drama 3
*Aku dah karang lebih kurang separuh..tapi bila baca balik, aku rasa isi kandungannya macam menuju ke arah kehancuran masa depan aku sendiri..jadi dengan bangganya dan demi masa depan aku..aku terpaksa untuk menghapuskannya dan mengambil keputusan untuk berhenti setakat ini sahaja".

p/s: Pandangan peribadi aku mengatakan bahawa entri ini adalah yang terburuk pernah aku karang..

Sekian, Terima Kasih.

Selasa, 16 Jun 2009

Meninggalkan Gombak Ver.2


Jam 9.30 pagi, skrin telefon tertera "PKD Gombak"..

Sebelum menjawab, aku persiapkan diri dengan beberapa jawapan mengenai bakal soalan yang akan dinyatakan pemanggil..

Jadi..singkatannya lebih kurang bergini..

"Mesti datang ke sini pada jam 11.00 pagi" - En Ghani
"Baik.." - Aku

--------------------------------------------------------

Kemudian pada jam 10.30 pagi..

"Tunda pada jam 2.00 petang" - Hj Hamdan
"Baik.." - Aku

--------------------------------------------------------

Satu jamuan perpisahan untuk aku dan Cik Azimah di PKD Gombak..

Aku agak terharu dengan jamuan tersebut, aku dihadiahkan cenderahati berupa sepucuk pistol~!! (ini benar-benar kejadian)..menurut Dr. Zuzana, pistol itu simbolik dari api kemarahan beliau dan kakitangan PKD Gombak kepada aku kerana berpindah pejabat tanpa menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..

Ah~ aku redha..dalam hati aku masih lagi terharu..

Aku sempat memberi sepatah dua ucapan..kelihatan yang berada dalam bilik mesyuarat itu tersenyum dengan ucapan aku..

--------------------------------------------------------

Aku terus ke KK Selayang untuk berjumpa Dr Radziah dan semestinya "Unit Farmasi"..

Jadi singkatannya lebih kurang bergini..

"Kamu tidak adil kepada saya" - Dr Radziah
"Ini atas arahan.." - Aku
"Kamu mohon bukan?" - Dr Radziah
"Saya diberi pilihan..jadi saya rasa ini yang terbaik bagi saya" - Aku
"Baiklah.." - Dr Radziah
"Saya berjanji akan jawab setiap panggilan Dr." - Aku
"Pergilah kamu balik.." - Dr Radziah

Aku keluar dari bilik dia dengan sugul..tapi mujur..ehe he he..

"Zaini, how bout this problem?" - LYW
"Wat it's all about" - Aku
"Bla..bla..bla.." - LYW (sambil aku tidak begitu fokus kepada soalan dia)
"It's ok i'll refer to the new guy" - LYW
"He'll know nothin'.." - Aku
"Then how?" - LYW
"I'll talk to him" - Aku
"Why u done this to me?" - Aku

Aku hanya bersiul sambil memandang ke arah sudut atas kiri..

"U'll see..U'll regret coz transfer to there" - LYW
"Oit..hey..hey.." - Aku

Lantas dia terus pergi begitu saja..dan aku hanya tersengih..dalam hati aku masih sedih..dalam pada masa yang sama seorang rakan dari KK Sg Buloh menghantar antidots yang terbaik bagi aku..sedikit aku terasa begitu lega..terima kasih rakan.

--------------------------------------------------------

Aku meninggal kan Selayang untuk kali kedua..

Kesedihan membawa aku walau aku sudah pun berada di Damansara..

Aku tak tau samada sebenarnya aku gembira atau sedih kerana terpaksa pergi dari Gombak..

Cuma aku tanamkan dalam hati dan memori aku bahawasanya..

"Aku pernah berada di sana"

tamhar iniaz
1.10am
ruang tamu

Rabu, 10 Jun 2009

Antara Logik Persekitaran @ Emosi Extra

Masih dalam bilik di mana terdapatnya 13 orang manusia..8 daripanya lelaki dan 5 perempuan..dominasi lelaki nyata mengatasi perempuan. Tapi itu tidak menjamin kuasa bersuara lelaki mengatasi perempuan..kerana di dalam bilik ini pengerusi nya ialah perempuan (Ketua Penolong Pengarah), antara lain nya (Penolong Pengarah), (Penolong Pegawai Kanan) & (Penolong Pegawai)..manakala yang lelaki semua hanya berjawatan (Penolong Pegawai)..

Situasi ini agak biasa bagi aku..kini..suara perempuan lebih berkuasa dari lelaki.

Namun..terdapat 1 suara yang amat menyengat terus menusuk hati sanubari aku sebagai seorang lelaki maskulin modern. Tidak dinafikan dalam bilik ini masing-masing berilmu..paling kurang pun adalah pemegang segulung Diploma. Apatah lagi yang memiliki Ijazah ditambah pula dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam bidang-bidang tertentu..

Ibarat koloni katak kembung (puru)..yang jantan akan sebaik mungkin untuk mengembungkan bahagian bawah mulutnya untuk menarik perhatian katak betina..jadi mungkin selepas proses kembungan itu berjaya..yang jantan dengan bangga nya dapat membawa balik katak betina ke rumah nya lalu berlaku proses mengawan..

Mungkin konsep itu yang diaplikasikan oleh mu~

Aku tiada komen..

Maafkan diri ku kerana tersentap dengan perilaku mu..

Kerana mungkin aku masih dalam keadaan sedih..

Ikhlas,
Tamhar Iniaz.
-Bilik Mesyuarat Anggerik-

Selasa, 9 Jun 2009

Antara-Bangsa

Sedih aku yang tak sudah..

Kronologi 1

Jujukan perkataan "now your done" kini ada dalam senarai 10 ayat paling aku benci sepanjang zaman..

Antara ayat baru yang berjaya masuk dalam senarai berikut termasuklah:
1. "I guess so"
2. "I may not in to office until this Friday"
3. "Oh not today"
4. "Good Luck for you"

p/s: aku tidak perlukan jujukan perkataan-perkataan berikut di hari-hari terakhir aku di Gombak. Harap maklum..


Kronologi 2

Seorang teman mengirim MMS dengan niat murni demi menghilangkan beban rindu yang aku agak tak bisa nak tanggung lagi..

"Kechiinngg~" - bunyi mesej terima

.
..
...

"wow~!! MMS..ini menarik" - biskut
.
..
...
....
.....

Jujukan ayat nya memang murni dan sopan..

TAPI~!!

"Gambar diterima yang setakat kalau bahagian penjuru kepala yang tak menampakkan wajah adalah seumpama memberikan seorang yang dahaga kehausan air dengan segelas air batu~!!" - biskut (sambil menumbuk-numbuk perut sendiri)

p/s: esok aku datang sana nak claim balik tumbukan itu ke arah perut sender MMS berikut.


Kronologi 3

Pelanggan setia "Fresh Orange" aku seperti biasa datang secara berduet adik beradik..seorang dalam Darjah 6 dan seorang lagi Darjah 3..selepas memesan "Fresh Orange" dialog ini yang aku dengar..

"Bet..meh sini tengok ada ikan" - Darjah 3 bersuara (sambil jenguk ke bekas kueh-kueh)

"Ha ha mana ikan?" - Darjah 6

"Itu bukan ikan la..hot dog gambar ikan" - Darjah 6 (yang sebenarnya bebola ikan dalam bentuk ikan..aku jual 1 sengget)

"Kau ada ke duit?" - Darjah 6

"Ada..duit tabung" - Darjah 3

"Kalau keje opis mesti banyak duit" - Darjah 3

"Memang la bodo..keje mesti la dapat duit" - Darjah 6

"Erm..aku nak jadi opis" - Darjah 3

"Aku pun..jadi opis best" - Darjah 6

"Jadi opis best..ada air-cond" - Darjah 3

Aku terus tersentap..lantas gerakan tangan aku terhenti untuk tempoh beberapa saat..
Fikiran aku mulai melayang selepas mendengar ayat berikut..
Mata aku seolah-olah berair..
Aku terus sebak..sedih..

Kenapa perlu anak-anak bangsa ku bercita-cita nak keje OPIS? Sedangkan bangsa lain sibuk nak jadi Ahli Farmasi, Peguam, Doktor, Pemain piano profesional dan sebagainya..

Kenapa OPIS? OPIS? OPIS?

arghhhhhhhhh~!!!!

Aku?

Cita-cita nak jadi Navy..

Tapi kini aku menjual nasi lemak pada waktu malam..

0-0


Ahad, 7 Jun 2009

Separuh Manusia Separuh Mesin

Tajuk entri bukan lah sedutan dari filem Terminator Salvation yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Walaupun aku tidak ikhlas menontonnya tempoh hari, atas dasar ukhwah persahabatan aku turuti jua nafsu-nafsu sekelian pegawai-pegawai kerajaan yang masing-masing gersang untuk berada dalam bilik gelap itu. (cerita gak menarik.."i'm John Connor")

Sabtu bersamaan dengan 6/6/09 aku bersama teman telah memulakan perjalanan untuk makan tengahari di Teppanyaki, Midvalley. Jarak dari rumah aku ke sana lebih kurang 1 jam tanpa singgah di mana-mana stesen minyak untuk proses penyahtinjaan. Namun kami memutuskan untuk hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam demi menyahut pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Tun Abdullah dan rakan-rakan.


Lebih kurang dalam gambar di atas, suasan di stesen komuter KL Sentral..padat, tersekat dan melekat. Itulah yang boleh aku ringkaskan..dalam pada masing-masing berlumba-lumba nak masuk demi untuk tidak lewat ke destinasi yang ingin ditujui..aku tak tahu berapa kali aku teraba dan di raba oleh orang-orang sekeliling..tidak dapat dinafikan, terdetik dalam hati aku untuk meraba-meraba..tapi..niat aku terbatal oleh kerana kiri kanan aku suma makcik-makcik yang sebaya umur dengan mak aku..jadi aku hanya teringat kepada mak..cume yang aku tak puas hati, acapkali aku dapat rasakan bontot aku umpama di sondol-sondol dengan benda keras.. "mungkin payung" - bisik hati kecil aku (bersangka baik). Aku kesiankan akak-akak yang mendokong bayi serta anak kecil..mereka tiada tempat untuk melabuhkan punggung..semua tempat duduk dipenuhi dengan belia-belia berwawasan 1 Malaysia..mahu saja aku berikan mereka tempat aku, tapi aku sendiri pun terselit di celahan "gergasi-gergasi" yang kononnya perlukan ruang legar 20kaki persegi untuk bernafas. Jadi aku hanya mampu tunduk ke bawah kerana tak sanggup nak bertentang mata dengan akak yang mendukung bayi itu.


Akhirnya kami berjaya sampai ke depan kuali Teppanyaki..kali ini aku memesan hidangan ayam. Aku sudah bosan dengan hidangan daging..(secara jujur aku cuba berjimat sebenarnya, kerana hidangan ayam murah RM3 dari hidangan daging)..sesi kali ini aku terasa sangat kekurangannya..taugeh yang korang nampak menimbun itu sepatutnya hanya untuk aku seorang..tapi semalam aku hanya dapat 1/10 dari itu..muka aku menjadi ketat..tukang masak cuba memujuk aku dengan taugeh tambahan setelah aku selesai habiskan makanan dalam masa kurang 5minit..tapi aku berdiam diri dan pandang ke arah siling.."kau makan la taugeh tu~!!" - bisik hati kecil aku (walau yang sebenarnya aku amat benar ingin kan taugeh itu kerana aku masih lagi lapar..demn)

Jadi aku pulang dengan keadaan depress & stress..aku masih lagi lapar..lantas dialog ini yang keluar:

"lain kali makan teppanyaki di kawasan berdekatan saja" - biskut
"mana ada..ini yang paling dekat" - yan
"ye la sebab kau nak shopping kan" - bisik dalam hati aku jahat
"balik rumah nanti makan la lagi" - yan
"macam tu serupa saya makan di rumah saja" - aku jawab dengan perlahan tanpa didengari teman..
"apa?" - yan
"tak cakap pape pun" - aku cilok line tengah..ha ha ha..

Dalam perjalanan pulang..aku banyak berfikir dan berharap..(rujuk gambar di bawah).


Kau suatu masa dulu pernah berfikir (rujuk gambar)..
Kau pun pernah merasa, tapi berpeluh kah ketiakmu..
Kau berfikir sampai kau tiada lagi di sana..
Kau ku kagumi, berfikir tanpa henti..
Tapi bro..kalau fikir saja, cincin kat jari manis mu itu pun tidak mampu untuk mengubah keadaan.

Kini..rakan mu..
Walaupun aku belum jumpa sebarang gambar beliau dalam Google yang seperti mu..
Namun ku harap beliau berfikir..
Berfikir..
Berfikir..
Tapi jangan "blah" sebelum kau memperbaiki..
Janji ye sayang ^______________^
Kesian kan akak yang mengendong bayi..
Kesian kan akak yang terpaksa menyusukan anak nya untuk meredakan tangisan..
Kesian kan abang-abang Bob yang perlu penghawa dingin 2HP..
Kesian kan kami di bawah..

Ikhlas,
Tamhar Iniaz

Khamis, 4 Jun 2009

Jika..

Entri aku pepagi buta ni takde kaitan langsung dengan Lagu Popular nyanyian artis seberang itu..

Mahupun yang sewaktu dengannya..

Kerana bait-bait kata-kata indah dalam lirik lagu terkadang seperti hilang akal..

Aku cume terfikir sejenak..

Jika dosa-dosa ku Allah nampak kan dalam bentuk jerawat..

Pastinya, tiada lagi wajah aku.

...
...
...
...
...

[aku tidur dalam keadaan ketakutan]