Rabu, 20 April 2011

Kesedaran yang Tersedak

**Di  posisi paling "cool"**

  Dan rupanya aku masih ada keinginan untuk menulis..ini mungkin 1 petanda yang baik. Masih mampu untuk menahan untuk tidak terus bermimpi. Syukur nafas masih berlari.

  Kehidupan sudah berubah, tiada lagi marah-marah..tiada lagi ego-ego dan mungkin sedikit lagi tiada lagi "aku pulak..". Bertahun-tahun sudah hidup rupa-rupanya masih banyak lagi yang perlu dihidupkan. Siapa sangka umur yang meningkat bukan bertambah tapi semakin sedikit..semakin bertambah angka rupanya semakin dekat untuk aku ditanam. Doa aku agar aku ditanam dengan sempurna..sehabis sempurna sehingga tiada orang yang berpaling dari merah tanah sebelum adanya 2 batu menemani layar aku sehingga tiupan sangkakala yang kedua.

  Persoalan semakin menggunung..pencarian semakin luas..untuk sesuatu yang diingini rupanya  tidak hanya perlukan diri sendiri, persekitaran tetap perlu dalam membantu. "Hilang terang sendiri, pergi mencari cahaya di sisi". Okeh cukup ayat-ayat pelik untuk pembukaan pagi ini..

Sedikit kemaskini akaun diri:
  - rambut sudah kembali kepada 6 inci
  - habis perantauan di utara tanah air
  - kembali memetik 6 tali
  - masih single and ready to mingle ^.^

Hobi lama betaut kembali:
  - melempar bola 10paun ke arah 10 batang di hujung lorong
  - duduk bersandar di bilik gelap sambil bertih jagung di apit kiri
  - buat masa ini hanya mampu 512 kelajuan selari
  - komputer di riba sampai terlena

[aku masih mencari mood untuk menulis secara melawak tapi tak dapat-dapat] aduh~

Namun yang pasti masih:
  - persiapan untuk mati tidak konsisten
  - semakin mula menjauhi lapik dahi
  - umi yang dekat samar di mata
  - hati kosong belum terisi (mampus la ayat macam ni ha ha ha)

Yang baik harap berterusan:
  - tabung masa depan terus berisi
  - aset semasa hidup teguh berdiri
  - kawan-kawan belum membenci
  - doa umi dan abi ke tanah suci..semoga mereka nanti di arash Illahi

Harap benar aku celik siang nanti, aku bersyahadah kepada mu ya Rabbi..

\\no.19 @ 3.30am

Isnin, 24 Januari 2011

Apa Khabar Tahun Baru?

**Gaya itu Keunggulan**

     Sudah agak lama berlalu..baru malam ini aku ada nafsu nak menulis pasal tahun baru..Tahun Baru Hijrah & Tahun Baru Masehi, kedua2 nya adalah pembukaan kepada bulan baru dalam kalender. Bererti tambahan 1 kepada tahun yang sedia ada, jika Hijrah dengan 1432 manakala Masehi dengan 2011. Signifikannya sama iaitu Tahun Baru..

     Azam baru tidak dapat dipisahkan dengan Tahun Baru..ibarat irama dan lagu. Tak pernah aku dengar ada orang berazam yang jahat-jahat..semua azam mesti baik-baik belaka..(ini tidak termasuk lelaki yang bernama azam..aku tak kata kawan aku yang nama azam adalah lelaki jahat..tapi kadang-kadang dia boleh jadi jahat dalam hal-hal berkaitan perempuan..). Aku pun tidak lepas dari memperbaharui azam aku pada setiap tahun..ha ha ha (tengok ayat tu betul-betul "memperbaharui")..macam biasa azam aku pada setiap tahun ialah: "menjadikan hidup aku lebih baik dari tahun lepas"..azam yang aku rasa sangat releven setiap tahun..   =)

     Oleh kerana ini adalah tulisan pertama aku pada tahun ni dan setelah lama bercuti dari menulis..aku biarkan ianya ringkas dan mudah untuk dihadam..semoga tulisan malam ini menjadi 1 permulaan untuk aku lebih rajin untuk menulis..bukan untuk orang lain, tapi untuk diri aku sendiri..

Selamat Malam Kangar..Klang..Shah Alam..
\\tamhariniaz_no.33_12.16am