Jumaat, 11 Disember 2009

Sejarah pokok pinang

Aku yang ada wat silap agaknya..
Mungkin ada la kot..dan ianya "BESAR PUNYA"..
Tapi apa ntah..

Dah nak masuk minggu ke-2..

Hari ni yang paling tidak memberangsangkan..

Jadual kerja aku "ketat" sampai hari Ahad..

Petang ni wajib hadir mesyuarat yang agak besar..

Oh~!! aku sangat-sangat perlukan "Klang"

Damn..

\\tamhariniaz_jknp@9.23am

Khamis, 10 Disember 2009

Bersama takdir..

Menjadi impian setiap lelaki untuk mempunyai seorang teman wanita yang elok paras rupa lagi baik budi pekerti. Apatah lagi jika wanita itu seorang yang dapat dijadikan sebagai kawan rapat. Ia merupakan satu saat yang paling indah jika setiap waktunya dihabiskan bersama teman wanita tersayang..

Entah dari mana datangnya tiba-tiba cinta itu hadir..ia hadir tanpa sebarang petanda, tanpa sebarang signal, tanpa sebarang prasyarat..ia hadir terus secara kebetulan juga. Saat pertama kali mempersetujui talian kasih sebagai pasangan kekasih merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan..ia boleh diungkapkan seperti pertunjukan bunga api..semua penonton terpukau, terpaku, terpesona dan tersenyum gembira..ada juga yang jadi khayal menikmati detik-detik apabila bunga api itu meletup dan mencahayai kegelapan malam..persekitaran kelam malam dihiasi dengan warna-warni bunga api..tidak dapat tidak, walaupun bunga api kerap kelihatan di merata-rata kini..namun masih lagi ramai penonton yang teruja dengan kepesonaannya..

Perjalanan kisah cinta yang dibentuk hasil dari persetujuan antara hati ke hati amatlah indah..senyuman terukir disetiap waktu..tidak cukup dengan seharian berjumpa di tempat kerja, panggilan telefon bersusul ganti..maka waktu-waktu yang berjalan itu dirasakan terlalu singkat..jika ada masa terluang bahkan masa dipaksa untuk beruang bagi menghantar pesanan-pesanan ringkas antara kekasih..kadagkalanya isinya tidak sampai pun 3 huruf..namun untuk membalas setiap soalan itu rasanya sangat penting dan boleh jadi wajib~!! lebih-lebih lagi apabila perasaan rindu yang menyaluti percintaan itu sudah umpama udara yang disedut..rindu itu sudah tidak terbendung lagi..walau sejurus pulang berjanji temu menonton wayang yang secara purata mengambil masa 3 hingga 4 jam per sesi..namun sesudah saja teman wanita hilang dari pandangan, perasaan rindu itu sudah mula timbul bahkan membuak-buak umpama lahar berapi.

Namun itu semua hanya pada permulaan..akan tiba satu waktu apabila segala cinta dan rindu mulai membeku..segala janji yang terpatri betul-betul bersimpul mati..sudah tidak bisa di leraikan lagi..mati saja disimpulan waktu..tiada lagi aku sumpah dan janji..kerana semua janji bagaikan terlupa semua..perkataan sayang dan rindu yang dulunya umpama bijian tasbih yang tidak lekang di bibir..kini rasanya sangat janggal untuk diungkap..jika terpacul pun pada waktu yang mana ia hanya untuk melegakan suasana genting..di kala ini tiada lagi lagu-lagu cinta, puisi-puisi yang mengaitkan bintang dan bidadari, kad-kad kreatif yang organik juga ungkapan-ungkapan manja dalam cinta..ibarat bermain layang-layang, setelah ia terbang..tali hanya dipegang dan tidak banyak aksi yang dilakukan selain duduk termenung di laman padang..

Sampai di suatu ketika bila percakpan jarang-jarang berlaku..tiba-tiba suasana menjadi sepi..dengan tidak tahu sebarang punca dan salah..wanita itu membisu seribu kata..dalam keadaan yang berpanjangan si lelaki mulai sedar ada sesuatu yang tidak kena..lantas dia mencuba resah ingin mengetahui apa sebenarnya punca kebisuan ini..dia berusaha memujuk dengan cara sendiri..namun cara pujukannya diselaputi dengan egois tinggi..masih tiada respon dari teman wanitanya..si lelaki langsung mendiamkan diri dan berharap masa dapat mengubati kekusutan ini..

Dalam tak diduga, teman wanita memberitahu bahawa dia akan terbang untuk mengembara..si wanita hanya memberitahu dengan niat untuk tidak memperkecilakan hati si lelaki kerana tidak sanggup untuk mendengar ketidakwarasan yang hampir dialami oleh teman lelakinya..namun lelaki itu berkeras untuk turut serta dalam penerbangan itu..si wanita sudah tidak ada daya lagi untuk menepis kemahuan lelaki tersebut setelah bermacam perlakuan menggila yang dilakukan..

Hari yang dinanti telah pun tiba..si lelaki lewat masuk ke dalam pesawat..namun dia masih sempat untuk turut serta..tiket si lelaki betul-betul bersebelahan dengan teman wanitanya..barisan itu mempunyai 3 kerusi..si lelaki, teman wanita dan seorag lagi lelaki yang paras rupanya tidak tumpah seperti Hans Issac..mereka masih terdiam, hanya lemparan senyuman yang mampu terukir..si lelaki tidak nampak seperti sangat gembira bila melihat teman wanianya agak mesra berbual dengan sosok Hans Issac tersebut..perasaan cemburu san amarah yang membara itu sudah agak tidak terkawal lagi..lantas si lelaki keluh kesah bercakap seorang diri..lantas menghambur teman wanitanya dengan berbagai soalan..teman wanitanya pada ketika itu berkelakuan begitu ganjil..umpama seperti orang yang lain..si lelaki cuba menggapai tangan teman wanitanya..namun ditolak mentah-mentah~!! si lelaki mulai berang..lantas menarik teman wanitanya yang galak bersembang mesra dengan lelaki lain..

Dalam kekalutan itu, dengan tidak semena-mena sosok Hans Issac itu memandang tepat ke arah si wanita lantas sahaya melamar wanita itu untuk menjadi teman hidupnya..si lelaki terus menghiggapkan tumbukan tangan kirinya dan tepat mengenai pipi sosok Hans Issac tersebut..namun tumbukan itu langsung tidak memberi kesan malah tidak diendahkan pun..sekali lagi tumbukan itu menghiggapi pipi sosok Hans Issac~!! kali ini tumbukannya agak kuat berbanding yang sebelumnya..kali ini tumbukan itu disertai dengan tangisan..wanita itu tidak langsung memandang ke wajah teman lelaki nya malah membalas renungan tajam sosok Hans Issac..wanita itu umpama terpukau..lantas dia melabuhkan kepalanya ke bahu sosok Hans Issac sambil tangan kanannya memegang erat tangan sosok Hans Issac..si lelaki sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa..

Pramugari lantas datang untuk memeriksa ikatan tali pinggang keselamatan penumpang..pada waktu ini suda tiada ruang lagi untuk penumpang keluar dari pesawat yang sudah bersedia untuk berlepas..si lelaki tunduk membisu..tiada tangisan lagi yang mampu dihadirkan..mindanya sudah kosong..badannya menjadi kejang..matanya pedih dan tidak dapat dibuka lagi..takdirnya untuk terus dalam situasi ini sehingga sampai ke destinasi yang bakal ditujui~

Sekian..
\\tamhariniaz @ kangar 3.27am (suntingan dari mimpi malam kelmarin)

Khamis, 12 November 2009

rodensa kesilapan

Aku hampir ke usia 30-an..insyaAllah jika diizinkan Allah.
Dah berapa banyak dosa aku buat..subhanAllah.
Kadang-kadang aku malu nak berdoa sebab aku banyak dosa..
Aku malu sangat bila nak menyebut Rabbana fit dunia hasanah..lagi-lagi untuk menyebut wakina azabannar..

Seorang sahabat dari jemaah kelmarin bagitau depan muka aku..adakah Allah kenal siapa aku..adakah aku kenal siapa Allah..dia tambah lagi, berapa serius aku hendak mengenali Allah? dan berapa kuat hati dan keinginan aku untuk betul-betul beriman kepada Allah?
Serius..aku mampu tunduk.

Kadang-kadang je aku sedar..tapi sekejap. Selebihnya, aku tak..ntah hanyut ke mana..berpusing-pusing macam roda..pusing-pusing tak ke mana..berpusing pada paksi yang sama..pusing-pusing yang tak de makna..

Bila bercerita, aku lah yang paling terer..nasihat sini-sana..pengalaman suma nak jaja..tapi penyudahnya..aku cakap ikut sedap suara je..tak pernah berfikir betul salah..

Mimpi yang pelik-pelik dah berapa kali masih gak aku wat bodoh saje..ntah-ntah memang ada makna..2-3 kali terjaga dari tidur..siap terjerit-jerit..tengok jam mesti dalam area pukul 3..pelik tak pelik..kadang-kadang sampai mengigil kepala lutut..elok lepas setengah jam aku kata lantak la..

Malam ni, ntah yang kali berapa aku muhasabah diri..dah macam rodensa..pusing saja..sampai naik malu kat diri sendiri..sampai malu nak berjanji dengan diri sendiri..apa lagi dengan Allah..apalagi untuk berkata "tempatkan aku dalam syurgaMu"..

Aku dapat rezeki kerja di tempat yang agak jauh dari sekarang..aku ambil ni sebagai titik mula..insyaAllah aku rasa ini adalah 1 kurniaan Allah untuk aku..walaupun lepas ni aku jarang-jarang jumpa mak abah..aku tau ada hikmah yang betul-betul "besar punya"..mungkin pasal sekarang pun bila dekat dengan mak abah, aku selalu tak betul-betul jaga diorang..selalu marah-marah kat mak..selalu gaduh ngan abah..pasni baru padan muka aku..masa tu la aku nak rasa rindu apa semua..

Aku kena kuatkan diri macam mana pun..keje jauh-jauh..simpan duit kaw-kaw..insyaAllah insaf kaw-kaw..siap boleh hafal doa selamat apa semua..sok balik tinggal nak kawen je ha ha..masa tu dengan selamber je aku cakap kat mak "hello mom, besok sila bagi notis 24 jam kat bos"..dok umah layan astro oasis je..siap ajor apa-apa yang patut..cukup suma kita terbang ke Mekah..wow~!!

Bila teringat Mekah, aku mula la nak leleh ni kah kah kah..aku memang teringin gila nak ke sana lagi..haritu pergi memang tak puas beb~!! sapa tau sok-sok aku dah jadi manager ke apa, gaji lebat..leh dok sana 1-2 bulan..memang best..wow lagi~!!

Sudah cukup untuk ini..esok aku ada interbiu kat badan berkanun..jawatan yang aku dah pernah pergi interbiu 5 kali..ikhlas cakap, memang aku tak yakin dapat keje ni..nak doa minta kat Allah pun aku dah segan sangat..tapi macam mana pun wajib yakin dengan kuasa Allah..macam mana pun kena mohon dari Allah..aku takde kabel wat so ever kat sana sok..tapi aku yakin dengan rezeki Allah..insyaAllah aku jawab betul-betul esok..takde dah nak melawan ngan penemuduga lagi..serik dah aku interbiu ikut kan hati..yang rugi nya aku gak kang..aku tak nak dah jawab "boleh saya tahu kenapa encik memilih untuk berkerja dengan kerajaan" bila soalan "kenapa kamu nak bekerja dengan sektor awam?"..esok aku akan jawab ikhlas "kerana saya ingin benar berkhidmat dan membangunkan sektor awam dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang saya ada"..

Jadi sekian noktah dari muhasabah ini.

Isnin, 12 Oktober 2009

Masih seperti biasa

Hari ini kurang kerja di tempat kerja, ini bagus kerana kebetulannya tenaga dalam badan pun kurang kerana bekerja keras semalam di markas: membuat sesuatu di dapur & proses berpindah habitat.

Tekak aku juga sangat haus. Dalam keadaan bergini telinga harus peka. Jika kedengaran "sok-sek-sok-sek" cepat-cepat memanjangkan leher.."hah~!! siapa yang nak turun tu? kirim aku MILO AIS KAW~!!" ;)

------------------

Seminggu yang sudah..

Aku menghantar "pesanan ringkas" kepada Aniraz..isinya adalah isi yang pernah aku terima dari dia juga 1 masa dulu.. - pasal kura-kura dan labi-labi~!!

Aku macam mengharap yang tajuk 2 binatang bukan pilihan peliharaan itu dapat menjadi 1 simbol permulaan bicara antara kami. He he..panas tidak semestinya berpanjangan, hujan tak semestinya turun..begitulah jua dengan harapan aku..rupanya semua tu fantasia aku sahaja..kah kah kah..siut punya labi-labi~!!

Aku labuh kan malam itu dengan genggaman telefon bimbit masih lagi erat di tangan kanan..sering aku terjaga, terus aku semak skrin telefon tu kot-kot ada pembalasan dari Aniraz..tapi serius~!! TAKDE weh~!! ha ha ha..ampeh la.

Mungkin kah Aniraz sudah mula menghapuskan aku dalam dia..aisehmen~

mungkin jua hanya mungkin.
tamhar.iniaz
Putrajaya 3.45PM

Khamis, 8 Oktober 2009

Terbezakah?

Mungkin kerana pemakaian ku tidak dapat diterima oleh kau maka ia jadi isu..
Mungkin pada mata kau cara aku tidak dapat menyajikan keindahan..
Mungkin kerana ketidakselesaan kau bila begini aku..
Mungkin tiada kesempurnaan mengikut tafsiran mata kau..

Perlukah untuk kau aku jadi seperti tu..
Perlukah memuaskan setiap lirikan kau..
Perlukah memenuhi segenap ingin kau..
Perlukan sempurna aku di sisi kau..

Diri aku keselesaan ku..
Diri aku untuk kehidupan aku utama..
Diri aku demi masa depan aku perlu..
Diri aku memenuhi kehendak aku pasti..

Andai perlu setiap kau untuk aku..
Andai perlu tapisan kau setiap gerak laku..
Andai wajib untuk kau aku perlu..
Andai segala kau itu aku..

Bagaimana diri aku harap semua bisa..
Bagaimana diri kau aku terima..
Bagaimana jika semua terpaksa..
Bagaimana jika aku tidak endah lagi segala..

Sudut perlukan ruang..
Ruang perlukan kesinambungan..
Hidup aku, Urus aku..
Cara aku.

tamhar.iniaz
2.17am

Rabu, 7 Oktober 2009

Mari belajar..


Ini Kapal Selam Scorpene..Mari mengenal ia:

- Kerajaan Malaysia beli dengan harga USD580 JUTA seketul
- Kerajaan Chile beli dengan harga USD259 JUTA seketul
- Kerajaan India beli dengan harga USD540 JUTA seketul
- Komisen Perimekar Sdn Bhd dapat USD360 JUTA..

Sekian, Terima Kasih.

Khamis, 1 Oktober 2009

Jangan la risau sangat..~

**Aku sangat malas untuk meng'edit' imej di atas..hasilnya ia sebegitu rupa**

Sampai ke opis pada pukul 9 pagi, sejam aku lewat dengan sengaja kerana menunggu hujan reda..sementara itu aku membedal ubi goreng buatan tangan mak aku..walaupun kurang masin nya tapi sedap juga aku menyental sampai separuh pinggan..aku pilih potongan yang kecil-kecil saja..yang besar tak sedap haha~!!

Di opis:
"Line PTM dah UP?" - aku
"Belum la.." - zeha
"ah~!! wat keje ape camni.." - aku
---------------------

Hampir sejam buang masa dengan membebel, hari ni aku ringan mulut..macam-macam aku bersembang..dari soal semalam hinggalah masa depan negara ha ha..sampai la 1 situasi yang membuatkan aku sedikit terkedu..erk~!!

"sok sek..sok sek.." - ini bunyi tapak kaki Nia
"sreetttt.." - ini bunyi aku tarik kerusi
"eh tak pe la..muat je ni.." - Nia
"eh tak pe..banyak lagi ruang, lagi pun saya tak perlu ruang yang banyak~!!" - aku
"jangan lah risau sangat.." - Nia
"erm..tak pe la, kita kan menumpang je kat sini" - aku
"isk~ " - Nia

**Ini adalah perbualan pertama aku ngan Nia, sebelum ini kami hanya berbicara dengan lirikan mata sahaja..ouh~!!** ha ha ha check it out~!!

Itu sahaja entri aku kali ini, kejadian ini akan jadi sejarah pada 1 hari nanti~!!
Detik ini akan berulang pada esok hari~!!
Dialog nanti akan jadi lebih panjang bila kami keluar candle lite dinner bersama~!!
Pelamin akan berwarna biru biji kundang~!!

Coming Soon~

Oh yeah~!!

Sekarang tido sambil bersenyum leret ke telinga..

Selamat malam BPKK kah kah kah~!!

Isnin, 28 September 2009

Mulai Yang Bermula

Saat ini aku sudah mula bertugas setelah lama bercuti, antara tugas yang tertunggak ialah:

- Update FARMVILLE
- Membalas segala comment di Facebook
- Membaca entri-entri terkini di blog satira politik
- Membalas segala email-email yang berkaitan
- Update di blog ini sekarang
- Makan tengahari di Anjung..

Semuanya telah selesai, sekarang masa untuk aku "Take 5"

Khamis, 24 September 2009

kedneP atireC

Andai hanya jika diriku masih yang seperti itu, seperti dulu, seperti yang masih mampu menyanggah segala pemikiran dewasa yang penuh dengan JIKA.

Semestinya keadaan yang seperti ini, yang setenat ini, yang sehabis usaha ini dengan mudah dapat diselesaikan, dirungkaikan dan dinoktahkan.

Tapi itu ANDAI..

Yang nyata? sekarang tiada andai, tiada pandai, tiada seperti yang masih, tiada segala apa lagi yang boleh dijadikan keliling pinggang, belikat punggung, tongkat sakti, keris hikmat..semua habis oleh ketebalan egois atau apa.

Dengan menyimpulkan dengan menggunakan segala andaian dewasa, segala sejarah silam, segala detik-detik hati, segala hancur lebur kritis emosi semuanya dibiar begitu di suatu sudut yang begitu yang tidak tahu yang menunggu waktu yang buntu.

[berbicara tentang maruah yang tewas]
**credit to shaxtube-"tanda kita bermaruah"**
ta.mhari.nia.z

Selasa, 22 September 2009

Demi Apa


Sudah masuk hari Syawal yang ke-3 untuk tahun 2009, ini adalah tahun terakhir aku akan beraya di sini..oleh kerana tidak lama dari sekarang aku akan berpindah ke 1 lokasi penempatan lain..secara progress nya, rumah tersebut sudah sedia untuk ditiduri namun belum sepenuhnya kerana masih ada beberapa perabot yang masih belum tiba dan juga semestinya barangan dari sini yang belum di pindahkan ke sana..oleh kerana faktor perpindahan penempatan ini akan berlaku tidak lama lagi, Aidilfitri aku kali ini agak pasif..mungkinkah kesedihan mula menyelubungi mega? kah kah kah..

Imej di atas itu membuatkan aku terasa syahdu dan sedikit hiba..sudut perspektif dan olahan warna tersebut cukup untuk membuatkan aku mengimbau kembali kenangan-kenangan lama di Aidilfitri..walaupun aku tak pernah memimpin tangan budak pompuan di depan rumah di hari raya seperti yang dalam imej tersebut..tapi suasana nya itu amat menusuk kalbu..ya, aku teringat bagaimana kali pertama aku beraya dengan berbasikal sendiri ke sana-sini, kemudian bila berbelasan tahun aku mula menunggang motorsikal dan kini mampu untuk memandu kereta semasa beraya..semua itu adalah 1 pergerakkan masa yang lama..tapi tidak terasa dan seperti baru semalam aku mengenakan baju melayu berwarna biru menuju ke rumah nenek..dan itu adalah 18 tahun dulu.

**penulisan terganggu seketika kerana ada tamu datang beraya, dan segala ilham aku dah terbabas aduhai**

Aku jarang akan gemarkan lagu melodic dendangan Band Boy's Indon, tapi yang ini sangat terkesan pada aku di waktu ini:

Demi Cinta - Kerispatih.



Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia - siakan hidupku,
dan kubawa kau s'perti diriku
Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta

Reff :
Jujur, aku tak kuasa, saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Sabtu, 19 September 2009

Meniti akhir ramadhan

Sekejap lagi adalah waktu berbuka puasa terakhir untuk Ramadhan pada tahun ini..aku dah persiapkan meja makan dengan makanan ala barat..harap mereka gembira dan peroleh kekenyangan dari makanan tersebut. Mak sibuk di dapur menyiapkan "ngunjung" (term dalam bahasa jawa untuk juadah ketupat)..tapi aku rasa dah kawtim sume..

Tahun ni keadaan rumah adalah Super Ultra-simple~!! tiada yang baru kecuali alas meja jepun yang aku beli semalam di JJ Bkt Tinggi..memang tiada plan nak perhiaskan rumah since kami akan berpindah ke rumah lain InsyaAllah pada pertengahan Syawal nanti..walaupun begitu memang kami berniat untuk beraya di rumah ini.

Petang tadi tetiba aku agak emo bila mendengar lagu raya dari kumpulan Raihan..alunan melodi dan susunan lirik nya agak mengigit hati..ah~ aku terus termenung kat luar..lama juga aku duduk di luar rumah sampai terlelap sampai la anak buah aku menjerit minta selipar mak dia yang aku pijak wat alas kaki..ampeh~ potong stim siut~!! Nak kata sedih sangat pun tak juga..tapi aku macam rasa ada yang kurang tahun ni..kurang sangat..sangat kurang..bukan dari segi barang perhiasan rumah mahupun wang ringgit..tapi mungkin hati ini kosong..erk~!! @.@ wakakakakaka..kosong eh? aduhai~

PENDEK KATA..AKU MALAS NAK BERAYA TAHUN NI..

Sape-sape yang ada simptom malas beraya macam aku boleh bagi kontek number dengan segera..kita plan gi trip mana-mana..Singapore ke? Bangkok ke? cukup la 3 hari 2 malam..

tam.hari.niaz
||hari ini akhir Ramadhan yang penuh cerita untuk aku||

Jumaat, 18 September 2009

snow.white

Secara teknikalnya imej berikut adalah dicedok dari watak kartun amerika..ia mengisahkan tentang seorang wanita yang "putih salju"..dan dari pemahaman aku ia bermakna SUCI, BAIK dan DIGILAI ramai..

Perkiraan "last minit" aku untuk keluar berbuka dengan dia boleh dikatakan berjaya..walau dari satu sudut, ia boleh juga dianggap "disaster"..masakan tidak..aku terlewat hampir sejam dari waktu yang aku sendiri janjikan..

Suara "high pitch" dia bertubi-tubi memecah gegendang telinga aku tatkala waktu sudah melewati titik yang telah ditetapkan..dan secara teknikal nya aku memang menjangkakan yang aku tidak akan berjaya memenuhi janji yang aku sendiri berikan..benar, banyak alasan yang menghimpit..tapi aku tak suka untuk menjadikan ia jalan penyelamat aku.

Badebung..badebing..dia melabuhkan punggungnya ke atas tempat duduk kenderaan aku pada jam 7.30pm..dan suasana masih lagi diselubungi hujan renyai~ aku tak sempat pun berbuka kerana beberapa sebab yang aku malas nak tulis..jadi aku teruskan saja pemanduan ke tempat makan yang "disajeskan" oleh dia..stesen seterusnya ialah Char Kuey Tiaw TTDI~!!

Sepanjang perjalanan, mulut tak berhenti bercakap..aku, dia sama saja..bagi aku ini mungkin sindrom "baru kenal"..so ada saja menda yang nak di cakapkan..bermula dari soal kawan hinggalah ke soal kawen..dan diselang-seli kan dengan SMS yang masuk dalam "Inbox" telefon bimbit dia..untuk makluman, suasana masih lagi hujan renyai~

Dipendekkan cerita, Char Kuey Tiaw tutup..aku "saspek" mereka dah mula bercuti sempena hari raya..bagi aku itu takdehal..kerana aku kurang berselera sebenarnya nak mencekik~!! Tak sangka rupanya dia memang tengah mengidam Kuey Tiaw~!! sampai di kedai makan yang lain..Kuey Tiaw juga menjadi pilihan walaupun beriya minta MENU~!! kah kah kah..
Walaupun ini yang pertama kali..tapi dia tidak kekok untuk menyodok ayam goreng kunyit aku..dan aku tidak berasa tersinggung dengan sodokan itu kerana aku selesa dengan perangai dia yang jujur dan jujur dan jujur dalam berinteraksi..antara topik perbualan masih lagi di persekitaran kawan dan kawen.. **mungkin ini saja modal yang kami ada untuk dibualkan**

Bertitik tolak dari ini, aku membuat keputusan untuk "meriki" karpet bulu-bulu yang menjadi idaman aku semenjak 2-3 hari ni..maka tidak lama berikutnya, kami sampai di sebuah pasaraya yang 1 masa dulu menjadi perbualan anak muda..dia tegur aku berjalan agak laju..aku sedar itu..dan aku abaikan saja teguran itu kerana aku macam terasa yang badan aku sudah berbau ha ha ha..walaupun dia agak rendah dan "kompem" berkaki lebih pendek dari aku, sempat jua dia mengejar aku dengan bantuan sepatu bertali-tali bertumit 2 ke 3 inci..

"Yang ini agak cantik juga" suara yang keluar dari dia..aku mengiayakan saja..aku pun rasa itu lawa dan molek..tapi aku belum membuat keputusan untuk membeli..kerana aku rasa perlu untuk aku "meriki" di kedai-kedai yang lain terlebih dahulu..**harga karpet tu RM200++**..

Aku tak pasti samada dia selesa atau tidak setakat ini..tapi yang pasti nya aku tak rasa yang dia begitu selesa..tambahan lagi dia memang tak meminati model kereta aku @.@
Menyelusuri laluan pulang ke rumah dia..ada 2-3 soalan dari dia yang buat aku tergamam dan tak mampu aku jawab dengan serius..aku tak pasti kenapa..tapi yang pastinya aku agak terkejut kerana dia berani mengajukan soalan berikut..mungkin bagi dia itu normal dan hanya gurauan-gurauan manja..**waktu ini aku mula berpeluh**

Sampai di 1 ketika bila telefon dia tak putus-putus berbunyi..SMS diselangi dengan panggilan..agak mengganggu proses perkenalan ini sebenarnya..tapi aku meng"cool"kan diri dengan menganggap.."ini adalah biasa bagi seorang gadis HOT" @.@
Aku mula memainkan lagu-lagu 70's dari CD..dan perlahan-lahan aku nyanyi mengikut lirik-lirik yang aku ingat-ingat lupa..nampak sangat aku mulai hilang mood ha ha ha..tapi takpelah..ini hanya "moment"..

Cerita ini boleh digarap dengan lebih jauh lagi..tapi aku tiada hati nak teruskan penulisan..namun apapun, aku rasa ini adalah kenangan..mungkin berulang dan mungkin juga tidak..kerana di Aidilfitri ini sesuatu akan berlaku pada hidup aku..mungkin akan menjadi titik tolak untuk ke fasa seterusnya atau permulaan kembali fasa hidup yang baharu.

%%bila lah aku nak start wat entri yang lebih ceria dan berhumor..aduhai~%%

Rabu, 16 September 2009

Akhir.Sekali

Entri ini tanpa sebarang imej.

OK..menjadi yang terakhir adalah bukan sesuatu yang ter"best" sekali..akan ada rasa tertekan yang mendalam..dan rasa ketidakpuas hatian yang tebal.

Memang tidak boleh suka-suka untuk memilih menjadi yang terakhir..kerana ini semua adalah kuasa Allah~ sebagai yang terakhir, inilah habuan.

Hitam gelap..putih cerah..semua harus dilalui dengan tenang..dengan sabar..dengan iman..tapi sebagai manusia, acapkali saja terleka..ternoda godaan..he he..tenang ke mana..sabar ke mana..yang diharap iman..itu pun kalau masih dalam keadaan sedar..

**aku suda tidak larat untuk memikirkan ayat untuk dikala ini**

Semasa berbuka seperti mana normal tadi..berbagai-bagai ayat yang tidak seharusnya didengari tiba-tiba terpacul oleh mulut seorang ibu.. (bukan carutan OK ha ha)..
Kata-kaya itu cukup wat aku "mati"..YA~!! aku nangis (dalam hati je bro..aku gangster mana leh nangis kah kah kah)..

Aku tak rasa yang pertama, kedua dan ketiga tahu akan hal ini..kah kah kah
Dan tatkala ini aku tak fikir pun pasal yang pertama, kedua dan ketiga..

Sebagai yang terakhir..ini adalah hidangan aku untuk hari ini, esok dan seterusnya..

Jika memang aku dilahirkan untuk ini..aku harap aku akan kuat dan supaya aku tidak akan jadi leka.

Oh~!! aku kena segera bersiap kerana lori perabot akan sampai sekejap lagi ke rumah baru..
RUMAH BARU? ho ho ho ho..(bakal tiba nanti entri "Teratak Merah Jambu Ku"

~selesai~

Jumaat, 11 September 2009

Bisa.Biasa

Terlajak perahu boleh diundur..
Terlajak masuk tido buruk padahnya..
Saksikan aku masuk lewat ke tempat mencari rezeki esok..
Paling cun..penyelia akan menjeling sambil berdiam diri.."tunggu sahaja komen beliau masa 'apparaisal' aku kian hampir nanti"

Esok adalah hari Jumaat..aku harap kau terlajak tido sampai jam 12.01 tengahari, dan melewati aku 2 jam untuk ke opis.

Ada "something" yang buat aku melajak.. (nyamuk lagi kah? ha ha ha)
Err~ aduhai..malam ini aku akan berkata "Oh aku tewas~!!"

Allah..bantu aku untuk esok..aku tak tahu untuk kali ke-berapa aku berjanji..
Meniti akhir-akhir Ramadhan ini..sangat aku perlukan "sparkle" iradat Mu..

tam.har.ini.az

Selasa, 8 September 2009

Ayuhai

Kebiasaannya aku masih gagah bercelik waktu-waktu bergini, tapi 2-3 hari di kebelakangan ini aku terasa lemah+lemau+"fragile"~!! Ketepikan faktor usia yang makin bertambah (argh~!! sudah bertambah lagi angka dalam umur aku)..mungkin jua faktor lokasi tempat mencari rezeki sudah bertambah beberapa puluh KM lagi.

Aku hanya mampu bersenang lenang selama lebih kurang 2 bulan sahaja..bersiap ke tempat kerja pada jam 7.30am walhal harus "punch card" sebelum jam 8.00am..menunggang motorsikal dalam kelajuan basikal sambil mata melilau-lilau mencuci dengan pencuci "anak-anak gadis kampung"..pagi yang hari-hari aku lalui penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan ^.^

Itu adalah nikmat yang Allah berikan..tidak aku menafikan kini tiada lagi nikmat yang aku terima..cuma cara dan persekitarannya sahaja yang berlainan. Aku masih merasai nikmat bekerja, berpendapatan..aku masih dikurniakan nikmat penghidupan, bisa menunggang motor dan segala aktiviti yang wajib dan lain-lain lagi..

Semuanya nikmat dari Allah..dalam sedar, dalam tak sedar..bersyukur atau leka untuk mengucapkan Alhamdulillah~ aku manusia..aku leka..aku tidak maksum..dalam berkat Ramadhan Mu, aku memohon ampun maaf..aku memohon kekuatan..ini diri hamba Mu yang hina..tak berdaya..tak berupaya..

Esok..ada lagi 1 nikmat peluang Kau berikan pada aku..jika ia adalah yang terbaik untukku..maka Kau tunjukkan lah jalannya..kerana aku semakin kabur meniti masa depan..semakin hilang kawalan..

Maaf kerana entri pepagi ni agak syahdu~ ah~

Ramadhan..masih ada.

Ahad, 23 Ogos 2009

Layakkah itu untuk ini?

Aku sedang dalam kemarahan yang melampau walaupun hari ini adalah 2 Ramadhan..

Aku akan ambil waktu bertenang dan tidak bercakap..

Sesiapa yang paksa aku untuk bercakap akan hanya berpeluang mendapat perkataan yang tidak sepatutnya..

Untuk seisi rumah, aku minta ampun..

**bukan ini yang layak untuk kelayakkan kau**
wakakakakakaka..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Di mana ya?


Macam ni la yang mudah..lepas makan tinggal kan saja segala pinggan mangkuk dalam sinki dan berharap ada orang yang akan cuci (dalam kes yang tiada pembantu rumah..of coz ibu la yang kena cuci semua)..mahu tak mahu ibu tu akan cuci juga walaupun bukan bekas makanan dia..pasal dia seorang ibu yang penuh dengan tanggungjawab~

Jadi, yang lain terus lupa pada ibu di dapur yang sibuk berkemas selepas selasai makan malam..dah la dari petang tadi dia sibuk memasak membuat persediaan makan malam..ya~!! semua dilakukan secara solo..untuk maklumat tambahan, ibu itu juga aalah manusia biasa dan bukan dari kalangan BIONIK kah kah kah..so dia juga akan rasa letih dan berperasaan sedih~

Sejak semalam ramai yang membuat aduan kat aku, jalan sesak sana-sini..ada juga yang siap maki hamun itu-ini..aku cuma mampu dengar dan jawab apa yang patut untuk reda kan emosi diorang..lagipun aku bukan ada kene mengena ngan kementerian pengangkutan yang boleh nak solve kan aduan diorang ehe~ secara mudah nya aku anggap mungkin ada sebab nape tetiba jalan tu jadi agak sesak gila..mungkin ada "occasion" kot..

Memang la betul..penuh lorong sana-sini dengan deretan kereta..semakin berlabuh senja makin banyak..rumah-rumah yang tadi sunyi sepi tiba-tiba jadi riuh-rendah..aku cam pelik je tengok keadaan camtu..oh~ baru teringat hari ni hari pertama untuk berbuka~!! aiseh men..he he he..aku cam tak terperasan pun la la la la la..jadi masing-masing pun amek kesempatan berbuka bersama keluarga..mana yang jauh tu pakat balik sesama..adik-beradik suma kumpul..kasi bikin bulatan..mentekedarah reramai..haih~ memang la berselera itu.

Tapi kan..di suatu sudut lain tu..aku perasan ada 1 rumah yang agak sepi..siap lampu kat anjung tu pun tidak di "ON" kan nye..kalau tak silap aku rumah tu pun selalunya meriah gak..tapi kenapa pada saat-saat yang sepatutnya meriah ni jadi tak meriah? ha ha ha ini misteri sikit..tapi aku kurang peduli pun..aku fikir mudah, mungkin saja dia nak jimat penggunaan elektrik..

Lepas selesai makan, aku kuar smoking di luar rumah (setelah mendapat info merokok di dalam rumah adalah tidak baik untuk penghidap resdung)..aku terjenguk ke umah sunyi tu..haih~ ye la memang sunyi, anak-anak dia takde yang datang berbuka sama..isk3x berbeza ngan rumah sebelah dia..siap tak cukup parking la..ha ha ha..sian umah tu..tapi mungkin anak-anak dia sibuk dengan urusan masing-masing kot kan..lantak la~

Aku hanya teruskan sahaja menyedut sehingga ke sedutan terakhir sebelum sambung balik makan miahahahah~

**Setiap yang berlaku itu adalah perubahan**

Rabu, 19 Ogos 2009

Abang..Uncle..Acik etc.


Arakian berlaku 1 kejadian semasa aku tersangat lapar dan sedang menuju ke gerai nasi ayam Kak Siti kegemaran ku..niat hanya 1 iaitu untuk mendapatkan makan tengahari.

Dalam perjalanan dengan menaiki kereta Bugati Veron warna maroon, aku ngan azam tidak terfikir pasal lain selain MAKAN~!! -aku sudah sangat lapar dan pre-gastrix.

Sreeeetttttt~!! *bunyi brek kenderaaan*

"Alamak budak skola jatuh tengah jalan" - Azam.
"Nasib baik ler tak sondol ngan lori tu" - biskut.
"Erm~ ha ha ha ha" - Azam.
"Weh ini kena tolong.." - biskut.

**tak sedar Azam terus kuar kete**

"Bro kaki budak tu patah~!!" - biskut.
(aku nampak kaki budak tu dah berpusing 360 darjah ke belakang)

"Kasi sumbat belakang bro~!!" biskut.
"Ah..ko amek sana" - Azam.
"ko pangku dia je..aku drive depan" - biskut.

**tekan button emergency signal + turun tingkap + kuar tangan + tahan sume kete + pandu laju** tetiba aku dapat rasa untuk pertama kalinya koordinasi otak dan fizikal aku berada dalam komunikasi persefahaman yang terbaik~!!

Sesampai di Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya

"En JJ (bukan nama sebenar), dalam kete saya ada budak kemalangan kaki patah prap~!!" - biskut
"La..nape dalam kete ko? ko langgar ke?" - En JJ.
"Bukan..saya tolong saja..ada ambulans?" - biskut.
"Pemandu takde..kalau ada pun ko nampak tu ada 2 pesakit lagi kene hantar spital" - En JJ.
"Ya Rabbi~ spital mana? saya tak tau" - biskut.

**masa ni dia bagi route..tapi sepatah haram aku tak pay intention sebab aku agak cemas sangat..huhu**

"Azam..ambulans takde..kita kena hantar..ada idea?" - biskut.
"Klinik Kelana Jaya la" - Azam.
"Ko call sana tanya ada ambulans tak" - biskut.
"Bro..tak dapat..aku call Zaiha" - Azam.

**plannya ialah..pergi ke Pejabat Kesihatan Kelana Jaya dahulu, amek Zaiha dan kemudian soh Zaiha tunjuk jalan ke PPUM** -aku tau ini bodoh..sila jangan gelak..aku agak panic~!!

Tapi dengan tiba-tiba sangat~!! wow~!!

"Bang..pergi Asunta jek..ayah saya keje sana tapi dia cuti hari ni" - mangsa (kemalangan)
"Bro..ASSUNTA~!!" - Azam.
"Yo orait~!! aku laju" - biskut. (masih dalam gear 4)
"Hah..jalan mana?" - biskut.
"Terus je.." - mangsa.
"Ikut PJ ke?" - biskut. (tanya kepada mangsa yang merupakan pelajar darjah 6)
"Ye bang..PJ..argh~! sakit~!" - mangsa.
"Orait~!!" - biskut. (dengan nada manja)
"sabar ye dik.." - Azam. (sedang memangku mangsa)
"Ha ni ikut mana?" - biskut.
"Kiri bang..uncle.." - mangsa.
"sabar ye dik..tahan sikit" - Azam. (dia bukan lah setan sangat rupanya)

================================================================
**sampai di assunta setelah pandu kereta macam gila**

"Nurse ada patient patah kaki dalam keta" - biskut. (aku cakap dengan tonasi yang menggoda)
"Oh..ok angkat dia ya" - nurse. (agak tergoda dengan aku)
"Pukul berapa adik jatuh?" - nurse.
"10 minit" - Azam.
"10.30 agak la" - biskut.

**sketika ini mangsa sedang menjerit-jerit kesakitan**

"Acik..tak boleh lurus..tolong longgar kan sikit tali kasut" - mangsa.
"Akak potong ye stokin ni" - nurse.
"Potong la seluar sekali dan buat dengan pantas~!! sengal~!!" biskut. (dalam hati)

**Azam kelihatan agak kurang bercakap..mungkin sedang fikir sape nak bayar bil kalau family dia tak datang hahahaha**

"En Hamdan..anak en ada di assunta.." - biskut.
"Dia kena langgar ke?" - hamdan
"Dia jatuh sendiri" - biskut.
"OK" - hamdan (tanpa ucapan terima kasih)

"Zam..jom cau..jap lagi bapak dia datang" - biskut.
"Abes cane?" - Azam.
"Baik belah..bapak dia cam saspek kita yang langgar budak ni" - biskut.

"Kak..kami ada keje nak wat..bapak dia kejap lagi sampai.." - Azam.
"1 lagi cakap ngan abah dia bukan kami yang langgar..kami cuma tolong hantar je" - biskut.

"Kaki dia patah teruk bro" - Azam.
"Ye aku tau..kan terpusing tadi" biskut.

=================================================================

Teruskan perjalanan untuk makan tengahari..agak tersesat sikit mencari semula kedai Nasi Ayam Kak Siti hingga ke Mid Valley..dan akhirnya;

"Saya nak set jimat 1..ayam pedas~!!" - Azam.
"Sama..tapi ayam ORI" - biskut.
"Wah sepajang jejantas Sg Buloh ni ye KFC nye" - Azam.
"Tau takpe..aku dah lapor gila~!!" - biskut.

=================================================================

Hari ni belajar sesuatu..
Adalah bahawa kelaparan itu hanyalah sesuatu dari segi fikiran..menda yang boleh dikawal..walaupun lapar tahap gila tapi itu semua boleh dilupakan jika kita tidak berfikir pasal nya..ini terbukti sewaktu aku memandu kete dengan gila ke Assunta..langsung tidak berasa lapar..sehinggalah saat bila lepas aku call En Hamdan.

Jadi bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba ini..aku ingin menasihati kawan-kawan dan juga diri aku sendiri yang bahawasanya..marilah kita untuk tidak ponteng puasa kerana KELAPARAN ITU HANYALAH AKAL FIKIRAN KITA..MENDA BOLEH EJAS~!!

Salam Ramadhan kepada sahabat-sahabat dan juga pengunjun blog ini.

Assalamualaikum..terimalah lagu kegemaran aku bersempena bulan ramadhan.

RAMADHAN
Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan ku semula
Ramadhan yang mulia

Di Ramadhan, Ya Allah
RahmatMu ku rasa
Ku banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Moga kita menjadi hamba yang setia

Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

Nyanyian: Kumpulan Brothers

Isnin, 17 Ogos 2009

Bila aku terpandang ke belakang

Perasaan aku apabila menyertai 1 sesi mesyuarat yang tiada langsung kaitan adalah umpama bermain dengan daun-daun di tepian longkang..

Tapi bila tiba waktu makan, aku rasa amat gembira seperti berenang di pulau kapas~ terbest sekali..

Sebenarnya bila fikir-fikir semula..mesyuarat sebegini tak perlu di buat pun tak pe kot..pasal rasanya lebih banyak buang masa dari ke arah mencapai tujuan sesuatu agenda. Tapi, mungkin itu hanya pandangan aku dari sudut yang menjurus ke arah kritikan yang tidak membina kerana secara ikhlasnya..aku dalam keadaan yang sangat sangap pada pagi Isnin ini haha~
p/s: lain kali kalau boleh la kan..jangan la wat mesyuarat pada pagi Isnin ye boss~ ^^ *wink*

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam hari..

Ada kejadian yang memelikkan aku..sangat aku rasa kepelikkan..ini mungkin adalah pelik yang super..atau kepelikkan mutlak~!!

Sedang aku berfikir untuk menghindari..tapi kejadiaanya berbeza..sinaran bahagia mula muncul terpacul umpama kalau nak dibuat sebagai contoh seperti sinaran matahari yang masuk melalui lubang kebocoran atap zink yang terus sahaja membias ke dalam takungan air..kejadian yang begitu pantas dan tidak mampu untuk diperlahankan jarak waktunya..

Sangat terbest menda ni..aku suka..suka sangat~

Izinkan aku tido dengan sangat lena ini malam..piu~ piu~

Sabtu, 8 Ogos 2009

Mengulangi Keberulangan

Masih berpena dalam realiti..
Yang pasti masih belum terjadi..
Yang sangsi terus saja manari..
Hari-hari yang berlalu bagai cengkaman sembilu menusuk kalbu..

wakakakakakaka~ mana la aku dapat ilham untuk menaip ayat-ayat jiwang ni..hadoi la..

yang sebenarnya..

aku sedang..

DEMAM~!!

Sekian, Mekacih..

Jumaat, 24 Julai 2009

Pesta Buku Selangor 2009

Tarikh: 24 Julai 2009 hingga 3 Ogos 2009

Masa: 10.00 pagi hingga 9.00 malam

Tempat: Kompleks PKNS Shah Alam

Antara buku-buku yang aku rasa nak miliki ialah:

1. Perincian Konsep 1 Malaysia
- karangan oleh: "anynomous"
- harga: TBA
- keluaran: geng dacing
- hardcover limited edition (baling anjing kompem mampos)

2. Cara-cara menipu meter elektrik di rumah anda
- karangan oleh: "anynomous"
- harga: TBA
- keluaran: geng kapor
- percuma dacing dengan setiap pembelian tunai

untuk ku..untuk ku..untuk ku..untuk mu..

Dikala aku belum mampu pejamkan mata untuk terlena..secara spontan ini yang aku google kan;

Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:-
Orang Islam.
Menghadap arah Kiblat
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
Akil baligh
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Sudah masuk waktu solat.

Syarat-syarat sah solat ialah:
Sesudah masuk waktu solat.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.



Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Rabu, 22 Julai 2009

Ada-Rasa-Ada

Jam pukul 4.40pm dan aku masih lagi tercegat di belakang kerani di 1 sudut Kaunter Pendaftaran, gayanya yang agak "cool" aku rasa adalah 1 aset untuk memikat pesakit-pesakit wanita yang datang untuk mendaftar sebagai pesakit luar. Namun bagi aku, itu sangat tidak "cool" tapi lebih kepada "lembap"..
- Jika ko baca petikan ini harap ko tidak berkecil hati..ambil lah kritis ini dengan hati terbuka.

Sedang aku habiskan kerja-kerja terkini, aku dihidangkan dengan 1 situasi yang agak "rare" di mana seorang pesakit yang telah mendapatkan rawatan kerana mengadu mengalami demam & selsema telah dengan tiba-tiba menjadi seperti hilang akal..
- dia agak lambat menjawab setiap soalan jururawat yang bertugas.
- dia agak lambat memberi respon pada kami
- dia agak serabai dan sedikit barai
- dia yang aku lihat seperti dalam dilema
- dia yang aku lihat seperti "stone"

Akhirnya seorang pegawai perubatan berjaya menjejaki kenalan pesakit tu dengan menggodam ke dalam telefon bimbit Nokia model murahan (skrin tanpa warna). Jadi:
- kami mendapat tahu dia adalah seorang guru sekolah menengah berdekatan
- kami mendapat tahu bahawa dia seorang warganegara waras (tak sure lak aku dia faham tak konsep 1 malaysia)
- Guru besar sekolah itu berjanji akan memaklumkan pada keluarga cikgu itu.

Selesai urusan menjejaki kenalan pesakit itu, tetiba aku lihat semua persekitaran yang tadi bukan main concern riuh rendah tetiba berdesup sunyi..oh~ rupanya jam sudah melewati pukul 5 petang..aku faham..yang super concern tadi hanya untuk mengisi masa "lapang".

...

Selesai kerja-kerja, aku bergegas pulang..tetiba..jeng jeng jeng..

Sambil aku mengenakan topi keledar berwarna merah comel ku..aku nampak pesakit tadi menuju ke arah aku dan motor "superbike" power aku..

Aku jadi panic..

Aku masih ingat kejadian malam Jumaat 12 tahun lepas..di mana aku di serang seorang pesakit mental di sekitar rumah aku..pada malam tu aku masih ingat..bulan mengambang..aku kira dia ialah serigala jadian..tapi tidak, kiraan aku terpesong..rupanya dia marah kat aku atas sebab..aku tak sedekahkan dia sebatang rokok masa aku terserempak dengan dia sewaktu aku beli rokok untuk dihisap secara "cover line" (macam mana aku nak bagi..aku pun beli sebatang). Itu kisah 12 tahun sudah..tapi kini..

Aku masih panic..

Dengan bodoh dan tidak berasaskan ciri-ciri konsep 1 Malaysia..aku dengan tertib terus Start motor dan cau~!! hu hu..

Tapi..aku nampak pesakit tu "cool" gila..

Dalam hati aku kata "Ini tak boleh jadi..kalau dia hilang kang..lagi panjang cerita"

Aku pun tawaf di sekitar kawasan itu..dia masih jelas kelihatan..dan..

Menuju ke arah kereta Perodua Kancil berwarna biru..

erk~

**Flash Back*** piu..piu..piu.. (ini sound effect)

"Kamu datang dengan sapa" - Jururawat
"Sorang" - Pesakit
"Datang naik apa?" - Jururawat
"Basikal" - Pesakit

**Info tambahan: beliau pada mulanya datang ke kaunter dan bertanya jalan pulang. Setelah diberikan penunjuk arah kelihatan beliau masih "blur" dan dalam keadaan layak dilempang.

Kali kedua aku tawaf..aku lihat dia berkemas-kemas barangan dalam kereta tersebut..aku jadi lawak..sambil riki-riki nurse gigi yang cute-cute tu aku cam erk..sori salah cite, yang ni topic lain..ehe~ So,

Aku tunggu juga brader tu untuk start kereta dan gerak, mungkin aku boleh ikut dia dari belakang dan selidik sikit-sikit latar belakang dia..mana tau dia adalah seorang SB, Pegawai Khas SWAT, atau INTERPOL kan? hoh~!! sapa tahu..

Tapi niat aku terbabas..aku rasa ada lebih baik kalau aku balik dan lepak-lepak saja di rumah kerana aku pun agak sedikit penat..

Jadi, aku pulang saja sambil tersengih-sengih sampai la ke rumah..sebab aku rasa cam.."apa cerita senanya ni?" Bro tu sakit ke? Dia memang ada masalah mental ke? Dia Overdos makan ubat Doc bagi ke apa? Kena buatan orang? Sawan? Osteoporosis? H1 N1? ah~ tak paham sangat aku..jadi aku ulaskan bahawa:

"Sometimes something happened Undescribable"

ho ho ho~

p/s: aku harap bro tu cepat sembuh..amin

Khamis, 9 Julai 2009

Saya sayang akak x.x

Tepat jam 9.00 pagi pada tarikh 9/7/2009..

Sedang aku "buat" keje di rumah..

Mendapat panggilan dari Pejabat..

Aku ringkaskan:

"Ni gaji kamu pun akak tak buat lagi sebab takde surat tu.." - akak kerani kewangan
"Oh ye ke?" - bront
"Nanti kamu suruh la Gombak fax kan kat nombor ni..03-3373 xxxx" - akak kerani kewangan
"..." - bront

BESOK DAH 10 HARIBULAN~!! HARI NI BARU KO NAK BAGITAU GAJI TAK BOLEH BUAT?? APASAL KO TAK CAKAP AWAL BULAN DEPAN JE?? INGAT AKU MAKAN PASIR KA WOII~!! LUPA KE APA NAJIB CAKAP??

"RAKYAT DI DAHULUKAN" (Bukan orang yang selalu belanja ko sarapan setiap pagi)
"PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" (Bukan jualan Amway, CNI mahupun One Drop Perfume)

Cakap bodoh..lembap..ko marah..

"Saya sayang akak~!!" ini la yang ko suka dengar kan? dasar 1 malaysia punya kaki~!! (bila nak clarified konsep 1 malaysia ni bang? aku masih tak paham woi~!!) kah kah kah

Yang memohon kekuatan kesabaran,
tamhar iniaz

Ahad, 5 Julai 2009

Di bawah Roda

Bila di bawah:
- akan rasa sedih
- akan rasa hiba
- akan rasa loser
- akan rasa tiada apa-apa
- akan rasa meaningless
- akan rasa WTF
- akan rasa STFO
- akan rasa "ko boleh diam tak"
- akan rasa sunyi
- akan rasa lost
- akan rasa "why me"
- akan rasa "tolonglah aku"
- akan rasa ..
- ..

Bagaimana harusnya?

Jumaat, 3 Julai 2009

Rasional atau Emosional

Berikan aku pendapat tentang bagaimana Rasional dapat mengatasi Emosional?

Dan adakah 100% Rasional itu selalu posotif? Emosional itu selealu negatif?

Aku perlukan jawapan dari pandangan kalian.

Sekian,
tamhar iniaz
[masih mencari "the lost path"]

Rabu, 1 Julai 2009

1 malam

yang penuh dengan inspirasi..

tolong bangkit..

untuk diri sendiri..

**apa akan jadi jika ini 1 lagi kesilapan dalam kehidupan?

Sabtu, 27 Jun 2009

Hanya 1 malam..

Semuanya sudah berakhir..

Rabu, 24 Jun 2009

Mungkin..

Ya mungkin itu adalah teknik yang sering digunakan untuk mengakhiri 1 perhubungan..proses nya lebih kurang bergini:

1. Cari kesalahan pasangan dan salahkan dia mengenai apa saja
2. Berdialog "lebih baik kita tidak berjumpa pada waktu ini"
3. Memberi respon yang ala-ala suam kuku kepada pasangan
4. Biarkan ianya berlanjutan
5. Mengambil kesimpulan bahawa perhubungan sudah tamat kerana tiada "update"

Bagi mereka yang mengalami simptom-simptom ini, sila kuatkan diri dan bawa banyak bersabar..ingatlah:

"setelah kabus berlalu..pasti cerah kembali"

ha ha ha ha..kah kah kah..ho ho ho..

Ahad, 21 Jun 2009

Jiwa & Drama


Malam minggu bagi aku sama macam malam-malam yang lain..mungkin aku bukan dalam golongan penagih malam minggu..jadi seperti malam-malam minggu yang lain, aku duduk rilek saja di rumah sambil layan apa yang boleh dilayan..tapi bukan semua pun dapat dilayan apabila kadangkala aku terima juga situasi "boh layan"..

Itu bagi aku sangat *perkataan terpaksa di delete kerana mengandungi unsur-unsur kurang sihat*

Entri tengah malam kali ini aku rasa lebih kepada membuang masa lapang..tiada banyak mesej di dalam nya..jadi kalau tiada yang ingin teruskan membaca..aku faham~

Berikut adalam beberapa Drama yang sedang bermain dalam "palotak" aku:

Drama 1
Grafik di atas adalah hasil karya daripada 2 orang manusia..ianya berlaku secara spontan lebih kurang 1 tahun yang lepas..kami menghasilkannya dengan menggunakan teknologi tanpa kertas atau disebut sebagai "Paperless".

Jadi pada 1 malam..kami sama-sama mengekspresikan apa yang kami rasa dalam bentuk lukisan tersebut..

Aku sendiri lupa..bagaimana ianya boleh bermula..tapi aku masih ingat bagaimana ianya berakhir..

Aku rasakan yang ianya sesuatu yang begitu unik dan mempunyai nilai memorial yang begitu indah..jadi aku simpan sahaja dalam ruangan cakera keras komputer peribadi ini..mana tahu 1 masa nanti di masa akan datang, gambar itu dapat membuat aku tersenyum di saat-saat aku sedang bersedih..

Apapun..terima kasih kawan <[]

Drama 2
Seorang rakan berkongsi cerita mengenai seorang wanita..rakan seolah-olah cuba menyembunyikan maksud sebenar disebalik apa yang diceritakan..aku bukan lah seorang pakar psikologi yang dapat membaca isi hati nya..aku juga bukan la sebuah mesin "anti penipuan" yang dapat menghasilkan graf denyutan nadi nya..namun aku cuba menjadi seorang pendengar yang baik (yang mana selalunya aku gagal dalam cubaan ini)..

"Aku rasa kesian sangat kat dia" - Rakan
"Ko tak boleh ada rasa kesian pada orang yang ko syok" - Bront (hari ini aku gunakan nama ini supaya kelihatan sedikit komersial)
"Erm~ tapi aku betul-betul kesian..tak sangka" - Rakan
"Ko tanya diri ko dulu..adakah ko kesian pasal nanti dia akan jatuh cinta kat ko?" - Bront
"Tak lah..aku betul kesian" - Rakan
"Jadi ko rasa apa patut aku buat?" - Rakan
"Erm~ abaikan saja dia.." - Bront
"Tapi..aku macam dah ter.." - Rakan
"Bro..cinta boleh dipupuk..cari saja yang lain.." - Bront

Dalam pada masa yang sama..kedengaran pelanggan lain yang terdengar ayat aku tu tergelak agak kuat..

Aku terus cover line dengan ikut gelak sama..(padahal sebenarnya pada masa itu aku sedang serius dan ikhlas dalam memberi pendapat).

Drama 3
*Aku dah karang lebih kurang separuh..tapi bila baca balik, aku rasa isi kandungannya macam menuju ke arah kehancuran masa depan aku sendiri..jadi dengan bangganya dan demi masa depan aku..aku terpaksa untuk menghapuskannya dan mengambil keputusan untuk berhenti setakat ini sahaja".

p/s: Pandangan peribadi aku mengatakan bahawa entri ini adalah yang terburuk pernah aku karang..

Sekian, Terima Kasih.

Selasa, 16 Jun 2009

Meninggalkan Gombak Ver.2


Jam 9.30 pagi, skrin telefon tertera "PKD Gombak"..

Sebelum menjawab, aku persiapkan diri dengan beberapa jawapan mengenai bakal soalan yang akan dinyatakan pemanggil..

Jadi..singkatannya lebih kurang bergini..

"Mesti datang ke sini pada jam 11.00 pagi" - En Ghani
"Baik.." - Aku

--------------------------------------------------------

Kemudian pada jam 10.30 pagi..

"Tunda pada jam 2.00 petang" - Hj Hamdan
"Baik.." - Aku

--------------------------------------------------------

Satu jamuan perpisahan untuk aku dan Cik Azimah di PKD Gombak..

Aku agak terharu dengan jamuan tersebut, aku dihadiahkan cenderahati berupa sepucuk pistol~!! (ini benar-benar kejadian)..menurut Dr. Zuzana, pistol itu simbolik dari api kemarahan beliau dan kakitangan PKD Gombak kepada aku kerana berpindah pejabat tanpa menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..

Ah~ aku redha..dalam hati aku masih lagi terharu..

Aku sempat memberi sepatah dua ucapan..kelihatan yang berada dalam bilik mesyuarat itu tersenyum dengan ucapan aku..

--------------------------------------------------------

Aku terus ke KK Selayang untuk berjumpa Dr Radziah dan semestinya "Unit Farmasi"..

Jadi singkatannya lebih kurang bergini..

"Kamu tidak adil kepada saya" - Dr Radziah
"Ini atas arahan.." - Aku
"Kamu mohon bukan?" - Dr Radziah
"Saya diberi pilihan..jadi saya rasa ini yang terbaik bagi saya" - Aku
"Baiklah.." - Dr Radziah
"Saya berjanji akan jawab setiap panggilan Dr." - Aku
"Pergilah kamu balik.." - Dr Radziah

Aku keluar dari bilik dia dengan sugul..tapi mujur..ehe he he..

"Zaini, how bout this problem?" - LYW
"Wat it's all about" - Aku
"Bla..bla..bla.." - LYW (sambil aku tidak begitu fokus kepada soalan dia)
"It's ok i'll refer to the new guy" - LYW
"He'll know nothin'.." - Aku
"Then how?" - LYW
"I'll talk to him" - Aku
"Why u done this to me?" - Aku

Aku hanya bersiul sambil memandang ke arah sudut atas kiri..

"U'll see..U'll regret coz transfer to there" - LYW
"Oit..hey..hey.." - Aku

Lantas dia terus pergi begitu saja..dan aku hanya tersengih..dalam hati aku masih sedih..dalam pada masa yang sama seorang rakan dari KK Sg Buloh menghantar antidots yang terbaik bagi aku..sedikit aku terasa begitu lega..terima kasih rakan.

--------------------------------------------------------

Aku meninggal kan Selayang untuk kali kedua..

Kesedihan membawa aku walau aku sudah pun berada di Damansara..

Aku tak tau samada sebenarnya aku gembira atau sedih kerana terpaksa pergi dari Gombak..

Cuma aku tanamkan dalam hati dan memori aku bahawasanya..

"Aku pernah berada di sana"

tamhar iniaz
1.10am
ruang tamu

Rabu, 10 Jun 2009

Antara Logik Persekitaran @ Emosi Extra

Masih dalam bilik di mana terdapatnya 13 orang manusia..8 daripanya lelaki dan 5 perempuan..dominasi lelaki nyata mengatasi perempuan. Tapi itu tidak menjamin kuasa bersuara lelaki mengatasi perempuan..kerana di dalam bilik ini pengerusi nya ialah perempuan (Ketua Penolong Pengarah), antara lain nya (Penolong Pengarah), (Penolong Pegawai Kanan) & (Penolong Pegawai)..manakala yang lelaki semua hanya berjawatan (Penolong Pegawai)..

Situasi ini agak biasa bagi aku..kini..suara perempuan lebih berkuasa dari lelaki.

Namun..terdapat 1 suara yang amat menyengat terus menusuk hati sanubari aku sebagai seorang lelaki maskulin modern. Tidak dinafikan dalam bilik ini masing-masing berilmu..paling kurang pun adalah pemegang segulung Diploma. Apatah lagi yang memiliki Ijazah ditambah pula dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam bidang-bidang tertentu..

Ibarat koloni katak kembung (puru)..yang jantan akan sebaik mungkin untuk mengembungkan bahagian bawah mulutnya untuk menarik perhatian katak betina..jadi mungkin selepas proses kembungan itu berjaya..yang jantan dengan bangga nya dapat membawa balik katak betina ke rumah nya lalu berlaku proses mengawan..

Mungkin konsep itu yang diaplikasikan oleh mu~

Aku tiada komen..

Maafkan diri ku kerana tersentap dengan perilaku mu..

Kerana mungkin aku masih dalam keadaan sedih..

Ikhlas,
Tamhar Iniaz.
-Bilik Mesyuarat Anggerik-

Selasa, 9 Jun 2009

Antara-Bangsa

Sedih aku yang tak sudah..

Kronologi 1

Jujukan perkataan "now your done" kini ada dalam senarai 10 ayat paling aku benci sepanjang zaman..

Antara ayat baru yang berjaya masuk dalam senarai berikut termasuklah:
1. "I guess so"
2. "I may not in to office until this Friday"
3. "Oh not today"
4. "Good Luck for you"

p/s: aku tidak perlukan jujukan perkataan-perkataan berikut di hari-hari terakhir aku di Gombak. Harap maklum..


Kronologi 2

Seorang teman mengirim MMS dengan niat murni demi menghilangkan beban rindu yang aku agak tak bisa nak tanggung lagi..

"Kechiinngg~" - bunyi mesej terima

.
..
...

"wow~!! MMS..ini menarik" - biskut
.
..
...
....
.....

Jujukan ayat nya memang murni dan sopan..

TAPI~!!

"Gambar diterima yang setakat kalau bahagian penjuru kepala yang tak menampakkan wajah adalah seumpama memberikan seorang yang dahaga kehausan air dengan segelas air batu~!!" - biskut (sambil menumbuk-numbuk perut sendiri)

p/s: esok aku datang sana nak claim balik tumbukan itu ke arah perut sender MMS berikut.


Kronologi 3

Pelanggan setia "Fresh Orange" aku seperti biasa datang secara berduet adik beradik..seorang dalam Darjah 6 dan seorang lagi Darjah 3..selepas memesan "Fresh Orange" dialog ini yang aku dengar..

"Bet..meh sini tengok ada ikan" - Darjah 3 bersuara (sambil jenguk ke bekas kueh-kueh)

"Ha ha mana ikan?" - Darjah 6

"Itu bukan ikan la..hot dog gambar ikan" - Darjah 6 (yang sebenarnya bebola ikan dalam bentuk ikan..aku jual 1 sengget)

"Kau ada ke duit?" - Darjah 6

"Ada..duit tabung" - Darjah 3

"Kalau keje opis mesti banyak duit" - Darjah 3

"Memang la bodo..keje mesti la dapat duit" - Darjah 6

"Erm..aku nak jadi opis" - Darjah 3

"Aku pun..jadi opis best" - Darjah 6

"Jadi opis best..ada air-cond" - Darjah 3

Aku terus tersentap..lantas gerakan tangan aku terhenti untuk tempoh beberapa saat..
Fikiran aku mulai melayang selepas mendengar ayat berikut..
Mata aku seolah-olah berair..
Aku terus sebak..sedih..

Kenapa perlu anak-anak bangsa ku bercita-cita nak keje OPIS? Sedangkan bangsa lain sibuk nak jadi Ahli Farmasi, Peguam, Doktor, Pemain piano profesional dan sebagainya..

Kenapa OPIS? OPIS? OPIS?

arghhhhhhhhh~!!!!

Aku?

Cita-cita nak jadi Navy..

Tapi kini aku menjual nasi lemak pada waktu malam..

0-0


Ahad, 7 Jun 2009

Separuh Manusia Separuh Mesin

Tajuk entri bukan lah sedutan dari filem Terminator Salvation yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Walaupun aku tidak ikhlas menontonnya tempoh hari, atas dasar ukhwah persahabatan aku turuti jua nafsu-nafsu sekelian pegawai-pegawai kerajaan yang masing-masing gersang untuk berada dalam bilik gelap itu. (cerita gak menarik.."i'm John Connor")

Sabtu bersamaan dengan 6/6/09 aku bersama teman telah memulakan perjalanan untuk makan tengahari di Teppanyaki, Midvalley. Jarak dari rumah aku ke sana lebih kurang 1 jam tanpa singgah di mana-mana stesen minyak untuk proses penyahtinjaan. Namun kami memutuskan untuk hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam demi menyahut pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Tun Abdullah dan rakan-rakan.


Lebih kurang dalam gambar di atas, suasan di stesen komuter KL Sentral..padat, tersekat dan melekat. Itulah yang boleh aku ringkaskan..dalam pada masing-masing berlumba-lumba nak masuk demi untuk tidak lewat ke destinasi yang ingin ditujui..aku tak tahu berapa kali aku teraba dan di raba oleh orang-orang sekeliling..tidak dapat dinafikan, terdetik dalam hati aku untuk meraba-meraba..tapi..niat aku terbatal oleh kerana kiri kanan aku suma makcik-makcik yang sebaya umur dengan mak aku..jadi aku hanya teringat kepada mak..cume yang aku tak puas hati, acapkali aku dapat rasakan bontot aku umpama di sondol-sondol dengan benda keras.. "mungkin payung" - bisik hati kecil aku (bersangka baik). Aku kesiankan akak-akak yang mendokong bayi serta anak kecil..mereka tiada tempat untuk melabuhkan punggung..semua tempat duduk dipenuhi dengan belia-belia berwawasan 1 Malaysia..mahu saja aku berikan mereka tempat aku, tapi aku sendiri pun terselit di celahan "gergasi-gergasi" yang kononnya perlukan ruang legar 20kaki persegi untuk bernafas. Jadi aku hanya mampu tunduk ke bawah kerana tak sanggup nak bertentang mata dengan akak yang mendukung bayi itu.


Akhirnya kami berjaya sampai ke depan kuali Teppanyaki..kali ini aku memesan hidangan ayam. Aku sudah bosan dengan hidangan daging..(secara jujur aku cuba berjimat sebenarnya, kerana hidangan ayam murah RM3 dari hidangan daging)..sesi kali ini aku terasa sangat kekurangannya..taugeh yang korang nampak menimbun itu sepatutnya hanya untuk aku seorang..tapi semalam aku hanya dapat 1/10 dari itu..muka aku menjadi ketat..tukang masak cuba memujuk aku dengan taugeh tambahan setelah aku selesai habiskan makanan dalam masa kurang 5minit..tapi aku berdiam diri dan pandang ke arah siling.."kau makan la taugeh tu~!!" - bisik hati kecil aku (walau yang sebenarnya aku amat benar ingin kan taugeh itu kerana aku masih lagi lapar..demn)

Jadi aku pulang dengan keadaan depress & stress..aku masih lagi lapar..lantas dialog ini yang keluar:

"lain kali makan teppanyaki di kawasan berdekatan saja" - biskut
"mana ada..ini yang paling dekat" - yan
"ye la sebab kau nak shopping kan" - bisik dalam hati aku jahat
"balik rumah nanti makan la lagi" - yan
"macam tu serupa saya makan di rumah saja" - aku jawab dengan perlahan tanpa didengari teman..
"apa?" - yan
"tak cakap pape pun" - aku cilok line tengah..ha ha ha..

Dalam perjalanan pulang..aku banyak berfikir dan berharap..(rujuk gambar di bawah).


Kau suatu masa dulu pernah berfikir (rujuk gambar)..
Kau pun pernah merasa, tapi berpeluh kah ketiakmu..
Kau berfikir sampai kau tiada lagi di sana..
Kau ku kagumi, berfikir tanpa henti..
Tapi bro..kalau fikir saja, cincin kat jari manis mu itu pun tidak mampu untuk mengubah keadaan.

Kini..rakan mu..
Walaupun aku belum jumpa sebarang gambar beliau dalam Google yang seperti mu..
Namun ku harap beliau berfikir..
Berfikir..
Berfikir..
Tapi jangan "blah" sebelum kau memperbaiki..
Janji ye sayang ^______________^
Kesian kan akak yang mengendong bayi..
Kesian kan akak yang terpaksa menyusukan anak nya untuk meredakan tangisan..
Kesian kan abang-abang Bob yang perlu penghawa dingin 2HP..
Kesian kan kami di bawah..

Ikhlas,
Tamhar Iniaz

Khamis, 4 Jun 2009

Jika..

Entri aku pepagi buta ni takde kaitan langsung dengan Lagu Popular nyanyian artis seberang itu..

Mahupun yang sewaktu dengannya..

Kerana bait-bait kata-kata indah dalam lirik lagu terkadang seperti hilang akal..

Aku cume terfikir sejenak..

Jika dosa-dosa ku Allah nampak kan dalam bentuk jerawat..

Pastinya, tiada lagi wajah aku.

...
...
...
...
...

[aku tidur dalam keadaan ketakutan]

Sabtu, 30 Mei 2009

Pink yang menjanjikan kelembutan disebalik purple

Ibarat si panda yang keletihan mencari sebatang buluh di celahan hutan musim kering untuk dijadikan makanan tengahari begitu lah perumpamaan aku yang agak keletihan mencari rezeki demi menyambung kehidupan yang masih ada ini.

Walaupun panda itu tidak secomel aku..ahaks~ namun aku yakin comel bukan lah tiket untuk segalanya..apa yang penting mungkin "kerjasama"..ya~!! itulah kata-kata yang acapkali terpacul dari mulut-mulut sekian anak buah-buahan aku..arghhh~!! agak-agak la jam baru pukul 9 pagi ni..paksu korang tak puas lagi terlena dibuai mimpi-mimpi indah si bidadari..*sigh*

Dalam keletihan 3 hari aku di JB..aku sempat mengisi beberapa ruang dalam hati aku dengan kenangan manis lagi bermadu he he he..ya~!! sangat bermadu dan melekit-lekit..itu aku suka..ke kiri aku senyum..ke kanan pun aku senyum sacha..apa la agaknye ye..wa ka ka ka ka..harap-harap rajin-rajin la bos wat trip ke JB lagi ye..ah~

Seterbaliknya aku dari JB aku dihidangkan dengan jujukan senarai kerja yang kalau nak dikira panjang nya umpama perjalanan 7 purnama mencari cinta..1 demi 1 aku jelajahi..sehingga hasilnya aku yakin yang aku sekarang dah tersampuk dengan sejenis "virus"..masuk hari ni dah 3 hari aku demam~!! kemuncaknya malam semalam tidur aku hanya bernafaskan celahan ruang mulut sebab hidung aku amek EL tamo bernafas..acapkali aku tersentak akibat kekurangan oksigen dalam diri ku..aku termengah-mengah umpama ikan dilempar ke atas darata..sedetik aku bertanya pada diri "adakah malam ini yang terakhir?"..sesungguhnya masih banyak lagi yang aku perlu lakukan kepada Mu, ibu, keluarga dan lain-lain..Alhamdulillah nyawa aku masih ada sehingga ter'update" nye blog ni ehe~

Jadi, aku semakin banyak berfikir..memikir..terfikir..tentang apa? bila? bagaiamana? adakah? dan siapa? terlanjur berfikir..bersendirian aku memandu tanpa hala tuju..dan aku dapat rasakan kekurangan pada suasana..
"oh kenapa kereta ku ini sunyi"
"aaa~ amp kan rosak..patut minggu ni dah boleh amek"
"baik~!! kita pegi kedai kenny sekarang..lalalalala~"
"oit apa macam amp saya" - biskut
"lu pegi check sana amoi" - kenny
"ini sula siap kah" - biskut
"ada call?" - amoi
"ada tapi tara angkat" - biskut
"sapa?" - amoi
"kenny la..saya call 18 kali maa..dia tara jawab~!!" - biskut
"saya cakap kedai ada call u mari angkat barang ka?" - amoi
"tada..~!!" - biskut (buduh lain kali cakap bagi terang)
"nanti saya check belakang" - amoi
"demn check belakang aku wat pe" - zaini dalam hati
"ok semua RM95" - amoi
"mahal siut~!!" - biskut
"apa u kata?" - amoi + kenny
"saya demam kepala sakit nyut nyut.." - biskut
"sekarang pasang.." - biskut

..sorang budak pasang amp balik..krek krok krek krok..

"RCA cable lagi ada?" - budak kenny
"nanti saya tengok dalam poket spender kalau ada.." - biskut
"jangan itu macam boss..ha ha ha" - budak kenny
"lain kali jangan tanya solan itu macam..pandai~!!" - biskut
"tengok saya sudah tukar cable baru sikalang ok boss" - budak kenny
"mana boss?" - biskut
"apa halt?" - kenny
"ini cable saya beli u RM50 u cakap sangat baik..sekarang lagi mau tukat?" - biskut (agak marah)
"mesti maa ini sudah lama..tengok kaler sula itam" - kenny
"itu cable memang kaler itam magnkuk.." - biskut
"abes 1 cable 2 bulan suda mau tuka ka?" - biskut
"tara tentu kadang-kadang ala goyang sini sana" - kenny
"sekarang pasang.." - biskut (abes emo dah ni)
"sume berapa?" - biskut
"saya bagi diskaun" - kenny (sambil bukak resit, aku tak nampak mana diskaun)
"err..u pen ada salah ka?" - biskut
"apa?" - kenny
"itu diskaun punya, itu pen tara boleh tulis ka? saya ada pen banyak..mau?" - biskut
"he he takpa sekarang saya bagi" - kenny
"RM120 sacha" - kenny
"kalau lepas seminggu aku datang balik sini..ko siap-siap panggil bomba ok" - biskut
"ok" - kenny (ntah paham ke tidak aku sindir tu)

Setelah 2 hari aku tak keluar rumah..sekali keluar kejap cari ubat yang baru RM3 tapi abes gak duit aku RM120 pasal semata-mata nak kan bunyi-bunyian dalam kereta..argh~~

Jumaat, 22 Mei 2009

Malam ini kita kerja overtime~!!

SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan


:: "beliau nampak ikhlas" - zaini ^________^

p/s: so tunggu rayuan dari DS. Nizar pulak ye adik-adik he he

Khamis, 21 Mei 2009

Pengalaman atau Inovasi Keadaan?

Tinggal lagi 30minit untuk aku berada di pejabat sebelum aku keluar mengintai langit.

Dalam kesibukan hidup akhir-akhir ni aku cuba cari ruang untuk mengekspresikan apa yang aku alami dan apa yang aku rasa diruangan sesempit ini.. (masa memang kene cari beb..kalau nak tunggu masa memang la takde..hehe yang aku cakap berdasarkan pengalaman)

Tempurung lutut aku masih lagi pedih-pedih..lukanya aku tengok masih basah juga..tapi tak separah luka di hati En Najib yang terpaksa bekerja keras untuk menjaga imej nya sebagai seorang artis di mana beliau terpaksa menolak segala tohmahan dan kata-kata liar pihak yang tidak menyukai lakonannya itu. Isk~ aku pun tak sedar macam mana yang aku boleh berlanggar hari tu..pengalaman lebih 10 tahun aku menunggang motor tidak menjamin yang aku begitu cekap bilamana kalau nak memotong kereta depan tanpa lihat depan akan juga eksiden la jawabnya.

Tapi itu bukan aku seorang..haha~ dalam perjalanan pulang di lebuhraya NKVE menuju ke Klang..sebuah RX-Z meluru pantas seperti tiada halangan di hadapan beliau..aku sempat menoleh ke arah penungang itu yang parasnya tidak la se"rider" mana..bunyi geseran tayar dan tar ku dengar..asap-asap putih hasil dari geseran tersebut mulai berkepol..sambil memperlahankan motor aku (ada hutang lagi 14 bulan)..dengan redha aku lihat RX-Z tu melanggar bontot lori 3 tan..ehehe~ berpusing motor tu lalu terpelosok ke celahan penghadang jalan..aku sempat berimaginasi sebentar "agaknya cane la aku jatuh pagi tadi ye..isk" - bisik ati kecil aku..

Dengan pantas aku menuju kearah beliau, tapi ada 1 konflik dalam diri aku.."err..xpe ke biar beg aku kat motor..dalam ada laptop tu.."------"xpe ar, sapa lak nak amek kan"------"eh jangan..ni musim ragut ni"------"ok2 pikul beg" aku pun mula berlari..JAP~!!! "aduh..motor tu nak pasang signal ke?"-----"isk kang orang benti rembat pulak motor aku"-----"argh..amek kunci jap" saat ni aku dah agak letih sikit..aku berlari semula ke arah beliau.."oit motor aku ni cam parking tengah sangat..kot orang lain x pasan kang langgar pulak"------"tak pe la..ni emergency ni"...sahaya aku meluru kembali ke arah beliau, aku nampak beliau dah pun berdiri..err~ err~ hahahahaha~!!! adoila..x sempat tolong..aku dengan tak tanya banyak sebab agak segan lambat tolong dia tadi..terus tarik motor dia yang terselit tu.."berat pa lupak motor ni..aku dh la sakit kaki"...KRAK~!! adeh..pinggang aku krem..woooo~!!! sakit nye Ya Rabbi..tapi aku wat muka cool je..niat nak tolong (walaupun pagi tadi 1 jadah haram One Malaysia takde pun nak tolong aku).

Aku sempat tanya beliau.."u kaki ok ka bos?" "mau panggil ambulan ka?" (sambil aku tengok dia berdiri tapi encot-encot sikit la) dia balas.."ok bang..saya boleh berdiri" kui..kui..lepas aku berjaya tegakkan motor dia (time pinggang dah kebas)..aku yang konon cam tokey kedai motor dok belek-belek la RX-Z tu..takde la teruk mana pun..aku tolong dia start..dipendekkan citer..dia jalan dulu sambil sempat berjabat tangan ngan aku..aku follow dia slow-slow..sampai aku rasa cam slow giler mamat ni..aku terus memotong sambil wat "peace" kat dia..

Dalam perjalanan pulang tu, aku banyak berfikir pasal kejadian yang berlaku..antara karma..ketentuan..takdir..ajal..maut..hikmah..tapi aku fikir tak lama sangat..terus aku bernyanyi lagu-lagu dari kompilasi yang ada dalam hotak aku..antara lagu yang aku ingat ialah:
- Janji Manismu (Aishah)
- Syukur (Raihan)
- Kenanganku (Jefri Din)
- Ayam Den Lopeh (Anita Serawak)

Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah dengan selamat..

Tukar baju..

Layan drama "Matahari" ekekekeke.. ^______________^