Ahad, 25 April 2010
Sama Tapi Tiada Serupa
Tidak mengapa, kerana yang sedikit itu masih belum muncul dan kenyataan yang bakal terjadi dari mimpi buruk itu pun belum berlaku.
Aku tersenyum kerana mimpi itu agak dramatik..yang mana aku tidak sangka diri aku juga sebenarnya penuh dengan drama.
p/s: jika ini boleh dijadikan skrip yang kuat, maka nantikan kemunculannya di pawagam-pawagam berhampiran ;)
Isnin, 12 April 2010
Kritikal itu sama juga dengan Pertimbangan yang wajar
Dan hasilnya setelah beberapa tahun menjadi dewasa adalah?
Dan hasilnya setelah beberapa kali membuat keputuasan yang salah adalah?
Jadi cukuplah hanya 3 soalan tersebut kerana jawapan untuk soalan-soalan yang bakal menjelma adalah:
"Oh hey..aku adalah tidak boleh untuk membuat kesalahan..dan jika bukan pun aku tetap membebani kesalahan, tidak cukup dengan itu..porak-peranda untuk segala sudut adalah AKU"
Syabas untuk kehidupan yang indah ini ;)
-tamhariniaz.12.54am no.33-
Ahad, 7 Februari 2010
JANGKA HAYAT KESAL
Andaian seseorang mengatakan iman manusia ini bagaikan roda. Ia akan berpusing dalam sfera. Ada kala ia di puncak..ada kala ia di lurah..bagi aku iman adalah usaha. Setebal mana iman jika hanya menonton berita terkini hiburan sensasi.
Saat awan berarak aku masih di benteng menyaksikan kiri kanan hiburan.
Saat ekuinoks aku masih liat melekat di depan kaca televisyen.
Saat mega jingga aku masih bersandar di kerusi empuk pawagam.
Saat bermulanya hari baru aku masih di alam mimpi.
Bila ku sedar..aku KESAL..istighfar lagi..aku harap ini tidak akan kerap kembali..
tamhariniaz.no33.2am
Sabtu, 30 Januari 2010
LIBUR DI KANGAR
**Kiri dan Kanan haruslah bermuafakat**
Nah di depan ku seorang perempuan..sebelum itu dari luar kereta aku lihat susuknya agak menarik. Setelah diperkenalkan lansung perawan menghulurkan tangan berjabat. Aku sambut acuh tak acuh..(ternyata lembut selembut helaian rambutnya yang lurus).
Lantas sahaja menuju ke sebuah restoran gaya barat dengan konsep terbuka..mereka gelarnya sebagai "Bomak" (aku tidak tahu asal usul nama itu). Rata-rata pengunjung restoran adalah muda mudi disekitar umur 20an..mereka nampak kenyal lagi segar. Angin malam ini agak kuat..maka menguraikan helaian-helaian rambut gadis gadis mongel..Sekali sekala aku beralih pandangan yang dari tadi menjurus ke kaca televisyen.
Malam ini aku dibawa berlibur di pekan Kangar..liburan ini tidak sehebat di Klang..tidak banyak pilihan di sini..rata-rata tempat yang dituju adalah pusat hiburan keluarga atau dengan kata lain "Karaoke"..Disekeliling keadaan sudah menjadi gelap walaupun jam belum pun kearah tengah malam. Maka anak tangga dinaiki..di hadapan aku, seorang perempuan yang tadi berjabat tangan..dia membuka pintu untuk aku..OK itu pelik..aku tidak sempat menunjukkan sifat "gentelmen" (aku dah rugi 1 markah di sini ha ha )..jemaah di dalam bilik itu agak berani..berdegup juga dada aku menahan diri..tapi lega kerana mereka masih waras..aku lantas mengikat rambut untuk kelihatan lebih menarik.
Setelah 2 jam jemaah beredar..bersambung pula di meja makan. Di situ aku mendengar topik-topik perbualan anak muda Kangar..aku fokuskan di kalangan jemaah meja itu sahaja..perempuan itu adalah dalam kategori cantik dan menarik..namun ceritanya agak membuat aku terkejut..ya aku terkejut juga..aku terkejut mungkin kerana aku dah lama tidak bergaul dengan kawan sebegitu..aku mula menafsir..apakah perbualan itu ikhlas atau hanya untuk menarik perhatian..ntah dari mana datang keinginan untuk aku lebih mendekati gadis cantik itu..aku mahu sangat mengetahui cerita dia..mengetahui impian dia..mengetahui permainan dia..hmm..mungkin bukan malam ini..mungkin bukan esok dan mungkin tidak mungkin..biarlah kataku..cuma aku dapat rasa yang 1 hari nanti aku akan berjumpa kembali dengan dia tapi dalam keadaan yang berbeza dari malam ini..
Walau apa pun namanya..(aku lupa nak tanya)..aku doakan semoga kau selalu dalam keselamatan dan kesejahteraan.
p/s: sila jangan teruskan niat kau untuk bertatu ya..! kau sudah sangat cantik bergitu..
||tamhariniaz^no.33^2.35am||
Jumaat, 29 Januari 2010
TAJUK KALI INI IALAH: "BELUM ADA TAJUK"
Suasana selepas jam 8.30pm hari ini begitu syahdu:
- Suami kepada kakak mak aku mengalami stroke dan sedang diselamatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
- Semua ahli keluarga dekat dan jauh mulai berkumpul di unit kecemasan
- Kali terakhir aku hubungi mak pada jam 11.30pm..dan keadaan masih kritikal..mak minta aku doakan apa yang patut..aku jawab "InsyaAllah"..(mak nangis)
Suasana selepas jam 11.30pm hari ini begitu.. (tidak ada perkataan sesuai yang aku mampu fikir):
- Aku masih belum dapat lupa kepada..
- Aku jadi boring kepada..
- Aku jadi marah kepada..
- Aku jadi cemburu kepada..
- Aku jadi celaru bila..
- Aku jadi tak boleh tido
Sekarang jam 1.00am 29/1/2010..
Mungkin aku akan terus berjaga sampai jam 3 pagi sekiranya mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku..
(Segala yang terjadi datang dariMu..kepadaMu jualah kami kembali)
**tamhariniaz @ no.33 _ 1AM**
Isnin, 25 Januari 2010
MELUPAKAN BINTANG
Rabu, 20 Januari 2010
UNTUK MEREKA YANG DIPERSEKITARAN
*Doa dari seorang ibu yang sentiasa mengiri anaknya*
Kadang-kadang seperti mulut ini tersasar dari kawalan minda. Ia terus memurai seperti tiada hari esok. Wajarnya setiap tuturan yang terlepas dari sepasang bibir haruslah yang baik-baik saja. Yang berilmu, yang memberi nasihat, yang memberi ransangan, yang membina pendirian, yang meminta ampun, yang memaafkan, yang mampu memberikan sekelumit senyuman pada para telinga yang menyerap. Barisan tutur tidak seharusnya berbunyi sialan! atau mampos kau! atau cilaka! WTF dan sebagainya dari kumpulan cerca cacian. Ini adalah bila aku berfikir dari 100% sudut positif logik.
Antara lain kejadian yang tidak dalam paksi kebaikan. Maka kawalan minda terhadap mulut menjadi longgar. Bercakap bagai melepaskan kentut. Ia sangat menyamankan. Ia terlalu memuaskan hati. Tambah lagi kentut yang mengandungi metana tahap tinggi. Ia mampu membuatkan hati girang seperti mahu menyambut 1 Syawal. Perkataan yang pertama terpacul ketika itu ialah "LEGA~~~~"
Kelegaan itu tidak terhurai dengan tulisan. Ia sesuatu yang subjektif untuk dicoret. Hanya penerbit nya sahaja yang memahami akan situasi itu. Ia yang aku samakan seperti bercakap perkara kosong. Bercerita mengenai ntah apa apa. Megulas mengenai tajuk yang hanya diketahui tajuknya. Memaki hamun seseorang yang pada waktu itu dibencinya (walhal pernah dulu dipuji gila gila). Huraian cerita fantasi yang karut marut juga mengenai mimpi malam tadi.
Mendekati inzal, mulut langsung saja terus memurai..diselangi dengan ketawa kah kah kah..ho ho ho..mua ha ha ha..hik hik (ini gelak manja yang biasa digunapakai oleh awek-awek FB). Pada masa ini minda sudah tidak berfungsi 100%. Apa sahaja yang terlintas terus dikeluarkan. Pada masa ini segala konsep akhlak yang diajar semasa SRK Agama selama 6 tahun akan dinyahkan secara total.
Seperti aku tidak juga terlepas dari konsep bicara tanpa minda ini. Ada waktu aku terlalu ramah untuk menceritakan perihal keluarga. Juga cerita cinta lama. Tak terlepas pengalaman mistik. Semuanya berlaku dengan sedar tapi tanpa kawalan ketat. Ini berlaku bila sifat kemuraian aku mengambil alih sistem operasi kawalan bercakap dengan minda. Selepas selesai biasanya aku akan terrdiam dan berkata "damn! aku tak patut cerita panjang" dalam hati.
Duduk bersendirian di ruang tamu sambil menulis adalah terapi terbaik setakat ini bagi aku. Dalam persekitaran ini aku rasa tenang sedikit. Aman sedikit. Dan lebih cool. Akan jadi Ultra Super Cool bila aku menocang rambut dan secawan Teh 0 panas di sisi. Asap terhasil dari Teh 0 itu mampu membuat aku stim.
Dalam ruang tenang ini aku rasa mampu untuk aku bertutur tanpa sepasang bibir. Aku mampu memurai hanya dengan jemari bendi yang seksi ini. Di persekitaran ini aku akan lebih ikhlas. Aku tidak pernah membaca kembali apa yang aku tulis dan aku tidak pernah memadam kembali perenngan yang berjela setelah ditulis. Aku akan biarkan sahaja. Aku puas dengan konsep ini.
Persekitaran akhir akhir ini memedihkan mata aku. Kepedihan itu menjalar ke organ telinga. Nasib baik tidak mengganggu hidung mancung ini yang ternyata menjadi kecemburuan insan-insan berketurunan jawa yang lain. Aku akan jadi pedih melihat kepantasan masa berlalu dengan disusuli hipokrit perlakuan. Yang berdekatan, juga aku. Bila keseluruhannya yang mereka telah dengan murai memberitahu..dengan telah sehabis jujur mengadu..dengan hampir habis ayat diseru..Aku bagaikan botol. Itu semua kerelaan dan bukan paksaan atau terpaksa. Tapi apabila adegan sudah tiada, terbitan sudah bungkus, air liur bukan lagi untuk aku. Pelakonnya hilang..
Namun begitu masih aku rasa ada sesuatu dari mulut ini yang tidak dapat tidak perlu juga dimuraikan..perlu juga dilontarkan..perlu amat disuarakan yang jika bukan dengan laungan tapi hadir dengan bisikan..sepamit DOA dari ku untuk kalian..semoga apa yang diusahakan akan mendapat kerahmatanNya..semoga apa yang diimpikan akan mendapat keredhaanNya..semoga apa yang didoakan akan dimakbulkan olehNya..
Sekian.
\\tamhariniaz.no.33 @ 1.42am (laptop pinjam)
Ahad, 17 Januari 2010
HUJUNG MINGGU DI KANGAR
Sabtu, 16 Januari 2010
Sila jangan ulang yang berulang
Sabtu, 9 Januari 2010
Sepetang Bersama Kenalan Lama..
Rabu, 6 Januari 2010
selamatkan tahun baru
secara ikhlasnya aku benci bila 2010 muncul. kerana ia bukan petanda aku akan dapat bonus.
mahu tidak mahu..2010 tetap hadir..bahkan masuk hari yang ke 6. SYABAS!!
mulai kelmarin aku mulai melepaskan sedikit demi sedikit segala sangkutan-sangkutan bendasing yang agak lama mendedalu di dalam sangkar-sangkar kehidupan..harap dengan ini aku akan lebih bertenang dan bercahaya..macam "Yo-yo Glow in The Dark Yo-Han"..
baik di sini atau di kampung halaman, masing-masing akan bersembang pasal tahun baru..namun dalam kepala hotak comel aku sekelumit resah tentang "Keselamatan Tahun Baru"..
p/s: malam tadi ke pasaraya semi-besar 2 tingkat..untuk membeli sekilogram gula pasir..hampa kerana waima 1 butir gula pun tiada di rak pasaran..di mana kah aku ni? Eh Perlis!! macam aku biasa lalu je LADANG GULA TERBESAR KAT MALAYSIA ini.. ha ha ha papentah..
\\tamhariniaz.JKNP@11.59am