Dikala aku belum mampu pejamkan mata untuk terlena..secara spontan ini yang aku google kan;
Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:-  | Orang Islam. |  | Menghadap arah Kiblat |  | Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. |  | Akil baligh |  | Melihat atau mendengar. |  | Jaga (tidak tidur) |  | Sudah masuk waktu solat. | |
Syarat-syarat sah solat ialah:  | Sesudah masuk waktu solat. |  | Menghadap ke arah Kiblat. |  | Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). |  | Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. |  | Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. | |
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.  | BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. |  | NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. |  | TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. |  | MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin. |  | RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. |  | IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk. |  | SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. |  | DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. |  | DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. |  | MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. |  | MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. |  | MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. |  | TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan