Jumaat, 24 April 2009

Semalaman Geng Pnut, Geng Tong, Geng Gagak..


Hari cuti meniaga bersempena malam Jumaat semalam aku habiskan dengan menziarahi kawan-kawan..(walaupun pada awalnya aku plan nak sedekah kan Yassin dan Doa buat arwah-arwah saudara mara aku), namun keterujaan aku demi bersama rakan-rakan membuatkan aku terlupa pada yang telah tiada.. (masyaAllah).

So far dalam Geng Pnut, kandungan Yuci dah masuk 4 bulan.."Dia kata perut belum besar tapi "benda lain" yang besar"..aku langsung tak faham bila Kikin cakap macam tu kat aku, tapi bila Yuci berada di depan mata..baru aku faham makna "benda lain" tu..tapi aku just wat muka Christiano Ronaldo sambil berkata "Ok"..

Kikin pulak last minit baru bagitau Rabu ni dia nak Bertunang..masing-masing yang dengar macam blur-blur..aku? aku cool aje..sebab sebelum tu Kikin dah cite kat aku ehe~ dan sebelum tu lagi aku terdengar perbualan dia kat telefon pasal Samping, Tengkolok dan Songket..brr..brr..tunang ke kawen ni? aku konpius tapi aku wat muka seperti Christiano Ronaldo sambil berkata "Ok".

Syad..ehe~ dia ni aku susah nak citer..pasal dia terlalu misteri..so better aku tak yah citer..karang elok-elok dia "Klewon" kan aku..errr~ tak sanggup mak..cume yang pastinya..dia dah start pakai maskara, foundation, "kontek" lense dan pakaian yang agak memberahikan (part ni aku tipu untuk sedapkan cite).

Pe pun..korang memang yang terbaik bagi aku..walaupun ko bini orang dan bakal-bakal bini orang tapi aku tetap nak cakap ni..

"I LAP U all~!!"

*
So lepas ni Asrol, Busker Boy ngan Faiz kalau nak pukul aku..please amek no kat kaunter 5.

Aku sampai umah semula pada jam 1.30am dan tido pada jam 2.3oam.

"Berikan aku persamaan antara kawan dan kehidupan supaya aku dapat teruskan kehidupan dalam berkawan"

biskut.
Kaunter Pendaftaran Klinik Sungai Buloh.
10.30am

p/s: Tengah aku ngulor update blog ni..aku disajikan dengan wajah-wajah orang sakit..doa aku supaya korang cepat sihat..amin~

**Gambor di atas tiada kene mengena dengan entri..saje aku upload untuk korang komen.."aku baru blajor-blajor edit gambor hehehe.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan