Selasa, 21 April 2009

Masih di dalam "cawan"


Aku kuar awal ke opis hari ni..namun beberapa ketentuan Illahi membataskan kelancaran perjalanan aku..

- 1 kemalangan berlaku di jambatan S.E.B, aku sempat jenguk..terlihat anggota penyelamat sedang berusaha mengeluarkan pemandu van Ford biru tersebut (harap semuanya selamat, amin)

- hujan rerenyai (short form untuk renyai-renyai)..agak mengurangkan tahap keyakinan aku untuk merempit pada kelajuan normal 125KM/j..

Penyudahnya, aku lewat 4 minit hari ni T_____________T siap punch card depan CC (ketua kerani)..tapi ada aku kesah? aku lebih pentingkan nyawa daripada punch card yang berwarna biru..

Malam tadi aku tido melampaui wewaktu (short form untuk waktu-waktu) normal aku..tapi aku masih berpuas hati kerana sehingga jam 9.10am ni aku masih larat untuk mencelikkan mata dan berlakon seolah-olah sedang sibuk membuat kerja..walhal aku masih lagi makan gaji buta..








halusi hati demi diri
xyn33

Tiada ulasan:

Catat Ulasan