Selasa, 14 April 2009

Achoom~

Datang kerja awal bukan bermakna segala kerja akan selesai on-time atau atleast banyak juga kerja yang dapat dikerjakan..

Itu la kenyataan yang berlaku kepada aku, senyuman lebar aku pasal berjaya mengetik kad kedatangan seawal jam 7.45am tak bertahan lama..langit yang aku rasa kan sangat biru pagi tadi kini bertukar hitam, kelam, mendung siap ngan ribut petir sabung menyabung..

Bila fikir-fikir kan balik, memang patut aku tolong Bro skuter kat Shell petang semalam..aku memang dah tau yang moto skuter dia tu rosak..sebab dia asek dok start-start tapi tak mahu juge hidup moto tu..tapi aku yakinkan hati aku bahawa.."dia mesti dah call kawan dia untuk bagi bantuan"..

Dengan alasan yang meyakinkan tu aku terus je berjalan tanpa menoleh pun kat Bro skuter tu..aku teruskan perjalanan untuk amek mak aku balik keje walaupun dalam hati aku ada sekelumit rasa bersalah..

Tapi rasa bersalah itu bukan tiket untuk aku bebas dari menerima balasan..aku sekarang tengah merana akibat "Keciciran kunci motor~!!" T___________________T

Sambil menyedut-nyedut mukus, aku hanya mampu bersedih dan berteleku di atas meja..kepala aku tetiba sakit berdenyut-denyut..mata aku mualai gatal..nafas aku tersekat-sekat..otak aku tak mampu lagi nak berfikir secara optimis..seriusly, aku dalam keadaan tertekan..

Keadaan menjadi semakin parah bila aku gagal menemui kunci tersebut..tambah sakit hati aku bila member yang aku nak mengadu boleh wat bergurau kata "Matron amek kunci motor aku pasal nak merempit, siap suruh aku bayang kan bilamana Matron silangkan skirt dia masa nak naik motor aku.." tetiba hidung aku terasa cam ada darah keluar..lantas aku aku berkata "Bodoh la ko neh~!!" kepada bebudak 2 orang kat stor tu..ampeh~!!

Kesimpulannya..aku tumpang member aku sampai Stesen Komuter Sungai Buloh pastu balik umah kat Klang amek kunci spare..then datang balik ke Selayang amek motor semula..

Harap-harap motor aku masih berada pada keadaan asal bila aku sampai malam nanti..amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan