Sabtu, 16 Mei 2009

Kewajipan Berwuduk


Secara dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan syariat.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali."

Mengikut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam. 5 lagi berada di kawasan antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

Muslim meriwayatkan kata Rasulullah S.W.T yang bermaksud, "Sesiapa yang mampu antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeenya."

**Ghurrah
= membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa.
**Tahjeel = membasuh tangan melebihi kawasan siku dam membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut.

Justeru berwuduk, di samping merupakan salah 1 ibadah dalam Islam, ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.

(Dr. Danial Zainal Abidin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan